Jangan dedah apa yang Tony Fernandes lakukan, kata MP Kepong

Jangan dedah apa yang Tony Fernandes lakukan, kata MP Kepong

lim lip eng

Lim Lip Eng

Sejak Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes meminta maaf kerana terpaksa berkempen untuk bekas Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak, tidak harus mana-mana individu lain untuk mendedahkan apa yang pernah mereka lakukan ketika bersama Barisan Nasional (BN).

Ahli Parlimen Kepong Lim Lip Eng berkata, Pakatan Harapan mengetahui apa sebenarnya yang ramai pihak lalui dan diperlakukan oleh rejim Najib termasuklah yang dilalui usahawan penerbangan tambahng murah itu.

“Tony tidak perlu memberi alasan bagaimana beliau ‘bodoh’ kerana menyokong Najib dan BN semasa pilihan raya umum baru-baru ini.

“Mana-mana individu lain tidak perlulah menonjolkan diri meniru apa yang telah dilakukan oleh Tony kerana kerajaan Pakatan Harapan adalah sebuah kerajaan perdamaian bukan untuk membalas dendam.

“Rinkasnya, kerajaan Pakatan Harapan yang baharu ini tidak berfikiran sempit atau memulakan usaha untuk memburu pihak tertentu yang sebelum ini menyokong BN kecuali mereka sengaja melanggar undang-undang,” ujarnya dalam kenyataannya hari ini.

Beliau mengulas mengenai pendedahan  dalam 24 jam, Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) meminta Air Asia membatalkan semua semua penerbangan ketika sebelum hari mengundi pada 9 Mei lalu.

Selain ditekan oleh BN diarahkan menyingkirkan Tan Sri Rafidah Aziz sebagaiPengerusi Bukan Eksekutif AirAsia X, namun beiau tidak berbuat demikian kerana ia bukan perkara yang tepat.

“Kemudian saya ditekan dari hari ke hari apabila Rafidah semakin aktif dalam kempen. Impak dan populariti Rafidah bertambah, dan tekanan lebih kuat diterima daripada Pejabat Perdana Menteri tetapi saya tidak pernah minta Rafidah meletakkan jawatan,” ujar Tony seperti dilaporkan.

Tambah Lip Eng lagi, negara yang ditadbir dibawah undang-undang akan memastikan kuasa yang diberikan rakyat kepada PH akan mengikuti lunas perlembagaan persekutuan setiap masa.

“Tumpuan segera kami (PH) sekarang adalah untuk membina semula Malaysia menjadi sebuah negara yang harmoni, makmur dan maju, yang sepatutnya dicapai dalam masa yang lama,” ujarnya.

Pada PRU14 lalu dalam pertandingan dua penjuru  Lim Lip Eng menang besar dengan majoriti 51,628  menewaskan  Ong Siang Liang dari (Gerakan-BN).

7.5
OVERALL SCORE
: 7.0
1 user vote x 8.0
CATEGORIES
TAGS