Memanglah bosan duduk di rumah saja pada hujung minggu. Apa kata ajak ahli keluarga atau sahabat-handai untuk buang peluh dengan mendaki bukit sekitar Lembah Klang.
Tanpa perlu permit kebenaran masuk, bukit-bukit ini sesuai untuk pendaki pemula. Namun, pastikan memakai kasut mendaki bukan kasut jogging serta bawalah makanan dan minuman yang mencukupi.
Paling penting, dalam menikmati keindahan alam sebagai anugerah Allah, pastikan pembungkus plastik selepas anda makan atau minum dibawa keluar dari denai.
Berikut senarai 20 bukit boleh anda cuba daki:
1. Bukit Gasing Petaling Jaya
2. Denai 3 Puteri Kota Damansara
3. Bukit Sri Bintang Kepong
4. Bukit Kiara TTDI Damansara
5. Bukit Ketumbar Cheras
6. Bukit Sapu Tangan / Tasik Cermin Shah Alam
7. Bukit Botak Puncak Alam
8. Bukit Cherakah Puncak Alam
9. Bukit Wawasan Puchong
10. Bukit Dinding Setiawangsa
11. Bukit TM Wangsa Walk
12. Bukit Taman Tugu KL
13. Bukit Guling Ayam Gombak
14. Bukit KL East Melawati
15. Bukit Desa Petaling KL
16. Bukit Sri Serdang
17. Bukit Pudu Ulu Cheras
18. Bukit Dua Ringgit, Rawang
19. Bukit Batu Pahat, Kuala Kubu Bharu
20. Bukit Melawati Kuala Selangor
Baca juga Terus mendapat sambutan, Royal Floria Putrajaya 2022 akan disambung hingga 6 September depan