“Jangan esok nak shoot, malam ni tarik diri, aku saman nanti!”, A.Aida sindir Amelia ke?

Oleh KIM SYAZIE

Umum tahu, Penerbit dan pengarah terkenal, A. Aida baru sahaja memenangi saman terhadap Amelia Henderson sekaligus diarah mahkamah supaya Amelia membayar lebih RM200,000.

Bagaimanapun penerbit itu sudah pun “move-on” dengan kesnya itu dan dilaporkan bakal mengeluarkan karya terbaru terbitan syarikat produksinya, A.Aida Production Sdn. Bhd.

Dalam satu perkongsian di TikTok, A.Aida memperkenalkan pelakon serba boleh, Tash Yong dan seorang lagi pelakon baharu sebagai bintang yang bakal membintangi drama terbitannya.

Dia dalam pada itu sempat memberi amaran kepada pelakon itu untuk tidak menarik diri pada saat terakhir.

Malah, dia juga berkata akan menyaman sesiapa yang berani untuk berbuat demikian.

“Haa korang jangan esok nak shoot, malam ni tarik diri. Aku saman korang berdua,” katanya dalam video tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, pengguna TikTok seperti memahami sindirian A.Aida itu dituju kepada siapa.

Kata mereka, penerbit itu seolah-olah ingin menyindir seorang pelakon wanita yang pernah terpalit kontroversi bersama A.Aida sebelum ini.

Baca juga: Punyalah minat Shila Amzah, Ubai sanggup simpan duit sekolah nak beli album