Malaysia Dateline

Jangan ganti kerajaan gagal dengan kerajaan tidak stabil

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mempersoalkan adakah masalah negara akan selesai sekiranya kerajaan hari ini diganti dengan sebuah lagi kerajaan tidak stabil.

Ini kerana katanya, masalah utama negara hari ini adalah Malaysia ditadbir oleh sebuah kerajaan tidak stabil, tidak kompeten, bukan pilihan majoriti rakyat dan ianya dibentuk atas pengkhianatan dan lompat parti.

“Adakah masalah utama negara ini akan selesai sekiranya kerajaan hari ini diganti dengan sebuah lagi kerajaan tidak stabil.

“…Tidak kompeten, bukan pilihan majoriti rakyat dengan majoriti tipis yang dibentuk atas pengkhianatan dan lompat parti?,” soalnya dalam satu hantaran Facebooknya hari ini.