Jangan guna isu edah untuk berkempen, kata calon Pas

Jangan guna isu edah untuk berkempen, kata calon Pas

Calon Pas bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar Dr Najihatussalehah Ahmad menasihatkan semua pihak supaya tidak menjadikan isu ‘edah’ sebagai bahan kempen pilihan raya itu.

 “Saya akur kepada apa yang ditetapkan oleh syarak. Saya nasihatkan semua orang supaya jangan sentuh isu edah,” katanya pada sidang media pada Muktamar Dewan Muslimat Pas kali ke-56, di sini hari ini.

 Beliau merujuk kepada calon Barisan Nasional (BN) Datin Mastura Mohd Yazid yang tidak dapat menyertai kempen pilihan raya itu yang dijadual bermula 5 Jun ini kerana masih berada dalam tempoh edah selama empat bulan 10 hari sebagaimana ditetapkan dalam hukum Islam apabila seseorang wanita kematian suami.

 PRK Parlimen Kuala Kangsar diadakan pada 18 Jun ini berikutan kematian suami Mastura, Datuk Wan Khair-il Anuar Wan Ahmad, dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lepas.

 Sementara itu, ketika ditanya mengenai cabaran yang bakal dihadapi ketika berdepan dengan Mastura, Dr Najihatussalehah berkata: “Tidaklah mudah bagi saya sebab kempen tetap juga berjalan walaupun beliau menggunakan media dan tidak turun berkempen.”

TAGS