Malaysia Dateline

Jangan hidupkan semula kerajaan PN, ia sudah jatuh bersama Mahiaddin

Kerajaan Perikatan Nasional (PN) atau kerajaan BN itulah yang menjadi polemik di dalam kerajaan baru pimpinan Datuk Seri Ismail Sabri hari ini sebaik sahaja di perkenan Yang di-Pertuan Agong Jumaat lalu.

Namun bagi Veteran Umno Tan Sri Shahrir Abdul Samad kerajaan pimpinan Naib Presiden Umno itu tidak perlu untuk menghidupkan semula nama Kerajaan PN yang sudah jatuh bersama Tan Sri Mahiaddin Md Yassin.

“Jatuhpun kerajaan PN kerana peruntukan Perlembagaan, iaitu berperlembagaan atau secara ‘constitional’.

“Lagi pun kerajaan kedua pasca PRU14 tertubuh pada 10 Mac 2020 dengan TS Mahiaddin sebagai PM.

“Perikatan Nasional atau PN tertubuh 5 bulan kemudian pada 7 Ogos 2020 sebagai gabungan parti-parti politik, akhirnya lima kesemuanya.

“Apa perlu disambungkan sebagai PN juga?”soal beliau yang juga Ketua Umno Bahagian Johor Bahru.

Beliau mahu Ismail Sabri menganggap kerajaan yang baru ini sebagai Kerajaan Malaysia dengan pendekatan yang berbeza, malah lebih baik dari kerajaan PN pimpinan Mahiaddin.

“Kalau kerajaan PN betul-betul sempurna, ianya takan jatuh,” katanya.

Katanya kejatuhan PN kerana perbuatan mereka antaranya memandulkan Parlimen, insitusi Raja Berperlembagaan digugat, wabak COVID-19 bertambah serius dan ekonomi rakyat dan negara meleset teruk.

“Kesemuanya dibawah PN.

“Sekarang ni, sebuah Kerajaan Malaysia yang baru dengan cara dan kaedah baru,” kata beliau.