Jangan hukum diri hingga hidup stres dalam usaha menurunkan berat badan. Amalan pemakanan sihat bukan bermakna mengharamkan sama sekali gula dan makanan bergoreng.
Hanya yang penting ialah mengawal kuantiti makanan yang diambil serta memahami konsep defisit kalori yang sebenar.
Ikuti enam tips turun berat badan dalam tempoh singkat seperti dikongsikan AHMAD NIZAR AZHAM yang memulakan diet pada waktu Ramadan lepas:
1. Diet Suku Suku Separuh
Saya amalkan DSSS (Diet Suku Suku Separuh). Boleh makan apa sahaja. Bergoreng, berlemak, berminyak, janji jaga portion:
Suku – nasi (karbohidrat) konsep defisit kalori yang sebenar.
Suku – lauk (protein)
Separuh – sayur/buah (fiber)
Diet ini tak stres. Syok sebab kita boleh makan apa saja tapi jaga portion. Makan sikit pun kenyang, makan banyak pun kenyang macam tu juga. Jadi, buat apa makan banyak?
2. Defisit kalori
Saya juga amalkan defisit kalori tapi tak istiqamah sangat. Boleh google cara kira pengambilan kalori untuk jantina dan umur. Mesti ada ataupun boleh muat turun aplikasi MyFitnessPal.
Jadi, kita consume kalori kurang dari diperlukan badan. Badan kita akan pergi bakar lemak-lemak lain dalam badan untuk generate energy. Defisit kalori ini menyumbang besar kepada inch loss.
3. Senaman
Saya enjoy buat running and jogging setiap hari. Dalam 4 hingga 5 km setiap hari sudah cukup.
Kajian ada beritahu bahawa 15 minit pertama cardio exercise hanya bakar gula atau apa yang kita consume pada hari tersebut.
Mula minit ke-20 dan seterusnya baru bakar lemak yang disimpan dalam badan untuk generate energy.
4. Cut sugar
Saya cut sugar intake. Tak adalah haramkan terus. Kadang-kadang teringin minum je seteguk dua atau sehari tu tiba-tiba teringin aiskrim. Makan je.
Esok mulakan semula diet kita. Diet ni jangan stres-stres sangat. Nanti takut tak kekal lama. Jangan hukum diri kita tuan-puan. Banyakkan minum air kosong. Cut juga makanan berproses.
5. Amalkan suplemen
Saya amalkan suplemen minyak ikan (fish oil omega). Ini best. Banyak kebaikan dia untuk jantung, otak dan melawan kolesterol jahat.
6. Jangan selepas 8 malam
Saya makan malam biasanya sebelum jam 8 malam. Jadi, ia dapat digest awal, jadi badan kita dapat berehat sepenuhnya waktu kita tidur.
Jadi, itulah yang saya amalkan beberapa bulan ini dan saya memang rasa berbeza sedikit. Menyesal juga dulu tak jaga makan.
Ingatlah kawan-kawan, 80% pemakanan, 20% exercise.
Baca juga ‘Senaman terbaik adalah suka hati kau’, pendapat perunding kesihatan ini tarik perhatian netizen
Baca juga Bayar jurugambar sampai RM1699, wanita kecewa gambar gegar pun masuk album