Malaysia Dateline

Mokhtar Senik

Jangan jadikan ahli Pas macam tukang tolak kereta mati, kata Mokhtar Senik

Selepas Pas menjadi kerajaan, para aktivis parti Islam itu mula merasa terpinggir kerana tidak mendapat apa-apa kedudukan atau jawatan dalam kerajaan.

Antara yang terasa adalah Ketua Dewan Ulama Pas Pahang, Mokhtar Senik yang penuh kontroversi itu.

Melalui facebooknya, beliau mengingatkan para pemimpin Pas agar jangan menjadikan ahli parti itu macam “tolak kereta mati sahaja, selepas hidup ditinggalkan begitu sahaja”.

Dalam posting itu, ulama yang kontroversi itu berkata, ahli-ahli Pas bukan mahukan apa, sekadar terima kasih sahaja.

“Jangan jadikan ahli dan penyokong parti mcm org tolong tolak kereta yg mati. Bila hidup kereta meluncur pergi tinggal yg tukang tolak berjalan kaki.

“Mereka bukan nak apa2 tapi sekurang-kurangnya ada perkataan terima kasih diucap,” tulis Mokhtar menerusi facebok beliau dalam satu catatan yang dibuatnya di Kuala Kedah.

Ekoran posting itu, pelbagai komen yang diberikan kepada beliau.

Antaranya rakan beliau, Hashim Othman Al-Maranji dari Selangor mengulas:

Masing2 akan bertemu dgn Allah dengan niat masing2 dan pada masa itulah menyesal tiada kesudahan disebabkan tersalah niat. Mohon kita pejuang Islam tidak terjebak dengan salah niat ini.

Abd Wahab Wahda pula menulis: “Setinggi mana pun tasawuf /ikhlas seseorang itu, ia perlu dihargai. Realitynya kita maqam awam ni, suka dipuji, benci dikeji, mau dihargai, tak suka dilupai, tak suka diiniayai, seronok ada jawatan secara taklif dlm parti…..ini hakikatnya.

Namun begitu, ramai juga yang menyindir beliau dengan berkata, tulisan ini dibuat kerana tidak mendapat apa-apa kedudukan selepas Pas menjadi kerajaan di peringkat pusat dan negeri.

Nor Ismail mengulis: Ghanimah takleh la tu. Kut jadi pengarah GLC.

Rosli Abd Hamid pula menulis: Paling tidak pun lantik la sebagai GLC cuci cuci DBKL.”

Fendi Mahmood pula mengulas: Tak berapa nak boleh cari makan doh kot. Geng geng pun tak berapa nak back up dah kot.”