“Jangan kaitkan arwah mak, tu semua kawan baik” – Khai Bahar berang dituduh bercuti dengan ‘ga*boy’

Oleh MAISARAH AISYA

Manusia ini tak lari daripada membuat kesilapan namun tidak perlu sampai menghina dan menyebar fitnah hanya kerana tidak suka akan seseorang itu.

Artis tidak kira pelakon atau penyanyi sering menerima tempias fitnah dan kritikan daripada mereka yang berselindung disebalik skrin.

Terbaru, penyanyi Khai Bahar meluahkan rasa kecewa apabila timbul spekulasi dia bercuti dengan teman yang dikatakan menyukai kaum sejenis.

Lebih menyedihkan individu tersebut turut mengaitkan arwah mak sedangkan sakit hilang ibu itu masih dirasai.

Menerusi Instagram story, Khai menyelar komen yang dikeluarkan individu terbabit dan mendakwa dia bercuti bersama rakan yang dikenali bertahun lama.

“Cukuplah. AKu pergi dengan kawan-kawan yang aku kenal dah bertahun, jangan sampai memfitnah, bukan sambut tahun baru sahaja tapi hari lahir juga.

“Sebelum ini aku tak peduli, tak kisah dicaci maki tapi syurga aku dah tak ada, kenapa nak kaitkan dengan arwah mak.

“Jangan sebab aib kau terjaga, kau dedah aib orang lain. Aku pun bukan orang baik tapi, jadi tak perlu menghina rakan-rakan aku lagi,” ujarnya di Instagram Story.

Kepada orang ramai jagalah adab tidak kiralah di sosial media atau di dunia nyata, kata-kata anda mampu menyakitkan hati seseorang.

Baca juga: Ibu bapa Allahyarham Zulfarhan sampai sekarang trauma nak guna seterika, terbayang arwah ditekap seterika 90 kali