Malaysia Dateline

Jangan lemah semangat, laksana tugas selaras dengan prinsip undang-undang, kata Ketua Hakim Negara

Ketua Hakim Negara Datuk Tengku Maimun Tuan Mat menyeru para hakim agar tidak berputus asa dan lemah semangat dalam melaksanakan tugas selaras dengan prinsip undang-undang negara.

Berucap pada majlis mengangkat sumpah jawatan dan taat setia Hakim Mahkamah Tinggi beliau mengingatkan para hakim untuk menerima kritikan dan tohmahan daripada pihak yang terkilan dengan keputusan-keputusan mahkamah apa lagi kes-kes berkepentingan awam.

“Kebelakangan ini mahkamah berhadapan denan kes-kes berprofil tinggi dan melibatkan kepentingan awam

“Namun apa yang berlaku dalam beberapa hari ini yang membabitkan tohmahan terhadap hakim dan badan kehakiman pada pandangan saya agak keterlauan.

“Apabila wujud keperluan untuk mengkritik badan kehakiman, perkara inin hendaklah dibuat secara membina dan tidak menjejaskan kebebasannya serta keyakinan orang ramai terhadap badan kehakiman,” katanya

Justeru tegasnya warganegara termasuk ahli politik, pada tahap tertentu, bebas untuk mengkritik Badan Kehakiman bagaimanapun itu tidak bermakna begitu terbuka kepada rakyat termasuk ahli politik ke peringkat serangan yang tidak berasas dan keji terhadap Badan Kehakiman.

Jangan lemah semangat, laksana tugas selaras dengan prinsip undang-undang, kata Ketua Hakim Negara

Tengku Maimun juga berkata mana-mana pihak tidak sepatutnya menyemai benih-benih keraguan dalam kalangan orang ramai berhubung integriti badan kehakiman atau hakim.

Katanya, hakim tertakluk kepada penelitian yang rapi dan sebab itulah mereka menulis penghakiman agar ia boleh dibaca, dianalisis, dibincang serta dibahaskan.

“Badan kehakiman adalah barisan pertahanan terakhir dalam demokrasi berperlembagaan dan tidak boleh ada syak wasangka bahawa ia telah ditakluki,” katanya lagi.

Baru-Baru ini, Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali, yang mendengar kes Datuk Seri Najib Razak dan mensabitkan bekas Perdana Menteri itu dengan pertuduhan bherkaitan penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd, telah membuat laporan polis berhubung artikel berita mendakwa beliau telah disiasat mengenai isu wang yang tidak dapat dijelaskan dalam akaun banknya.

Baca juga: AMANAH desak hentikan segera intimidasi sistem kehakiman

Baca juga: