“Jangan letak racun di punca air yang kita minum hari-hari akhirnya kita juga akan mati,” demikian menurut Timbalan Presiden Umno Datuk Seri Mohamad Hassan yang seolah-olah memberi amaran kepada ahli-ahli itu agar tidak mengkhianati Umno itu sendiri.
Dalam klip video yang berdurasi satu minit lebih itu beliau mengingatkan ahli parti agar tidak melupakan asal usul mereka serta tidak lupa bagaimana mereka berada sehingga ke tahap ini.
Bahkan beliau turut menasihati pemimpin Umno sekarang bahawa mereka naik kerana parti dan sekali lagi memberi amaran kepada pimpinan agar tidak membunuh parti apabila menjadi seorang terkenal.
“Jadi jangan lupa asal usul kita dan jangan lupa macam mana kita naik, kita naik kerana parti dan parti telah menaikkan nama kita.
“Jangan pula kita membunuh parti apabila kita menjadi seorang terkenal,” kata beliau.
Dalam pada itu, rata-rata netizen meninggalkan komen meminta Ketua Umno Bahagian Rembau itu bersabar dalam mengharungi perjuangan ini.
“Kalau penjaga punca air tu tak boleh harap tok, ape kita nak buat? Kami memang sayang sangat dengan punca air ini, takdo nak racun. Tapi kalau pemegang amanah sekarang nak rosakkan dan ‘merge’ ke takungan lain yang jelas beracun, takkan kita nak diam?” komen Azzad Hafiz.
Tidak kurang juga ada yang menyalahkan pemimpin tertinggi di dalam Umno sendiri yang cuba merosakkan ‘punca air’ itu.
“Yang racun tu presiden sendiri tokmattt, sibuk sangat nak berjajaran baru dgn cikgunya, habis lingkup Umno sebab wak jahid,” komen Juju Jaja.
“Buat la apo yang baik tok.. mudahan Allah SWT memberkati… Terus terang cakap… Dah raso tawar hati nengok perangai sesetengah pemimpin atasan Umno sendiri… Bkn orang lain merosakkan.. kalau nampak perubahan elok eh nnt…ramai la yg sokong semula,” komen Azizul Ibrahim.