Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
‘Jangan mudah percaya orang yang buat rosak Tabung Haji’

‘Jangan mudah percaya orang yang buat rosak Tabung Haji’

ARIF ATANJanuary 30, 2020 10:36 pm




Pegawai Tugas-Tugas Khas Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), Ustaz Ali Muda menyeru agar masyarakat Melayu tidak terpedaya dengan pihak yang sebelum ini mengkhianati Tabung Haji (TH) tetapi sekarang cuba menjadi penyelamat.

“Orang Melayu, janganlah mudah percaya orang yang telah melakukan kerosakan dalam TH, kini cuba bangkit dengan semboyan nak selamatkan aset orang Melayu.

“Merekalah sebenarnya pengkhianat, penyangak dan pemecah amanah orang Melayu, khususnya para pendeposit dalam TH,” tegasnya dipetik dari Facebook beliau.

Mengulas dakwaan Najib Razak dan Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki kononnya Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof mengkhianati 9.4 juta pendeposit TH, Ustaz Ali menyifatkan bekas Pengerusi Lembaga TH, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim sudah tentu tahu hal sebenar.

“Kita faham kalau Najib mudah memutar belit fakta dan melempar tuduhan tidak berasas, tetapi Ustaz Asyraf yang memiliki PhD (Ijazah Doktor Falsafah) dalam Kewangan Islam sudah tentu memahami tuntutan prinsip tabayyun.

“Sudah tentunya Azeez arif dengan perkara yang berlaku dalam Tabung Haji kerana lima tahun menjadi Pengerusi TH sehinggalah BN kecundang pada PRU14 Mei 2018.

“Kita minta Azeez dan CEO Tabung Haji ketika itu Ismee Ismail mencerahkan isu Tabung Haji menjual THIP (PT TH Indo Plantations) kepada syarikat Indonesia PT Borneo Pacific pada harga AS$910 juta (RM3.7 bilion),” tegas Ustaz Ali lagi.

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Peniaga pisang goreng anggap timbalan menteri “agak kurang sopan”

Bukan setakat 2 kolam, 100 kolam pun Pas sanggup masuk

Rakyat Kelantan bina jambatan guna batang kayu, duit kerajaan negeri beli Mercedes Benz

Annuar sahkan Anwar cukup sokongan jadi PM?

PENDAPAT: PN bercempera pun salah DAP

Terkini

PKP: Kasihan rakyat Kelantan sebab Exco ‘cerdik sangat’

“IKEA, kedai emas dibenar operasi peniaga kecil disuruh duduk rumah”

Pesakit COVID-19 di ICU semakin bertambah, 8 lagi maut

Kelantan dikenakan PKP mulai 16 hingga 26 Januari

‘Semoga ada lagi yang akan tarik sokongan daripada Muhyiddin’

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production