‘Jangan peduli pemimpin tidak hiraukan sampah’

"Jangan ambil peduli sanggahan seorang pemimpin Kelantan yang mengutuk mereka yang bangkitkan hal ini," kata ketua Pemuda Amanah Kelantan, Hazmi Hassan yang merujuk kepada timbalan menteri besar, Datuk Mohd Amar Abdullah.

‘Jangan peduli pemimpin tidak hiraukan sampah’

Masalah pengurusan sampah yang teruk di bandar Kota Bharu perlu terus dibangkitkan orang ramai kerana hal ini bukan perkara kecil.

“Jangan ambil peduli sanggahan seorang pemimpin Kelantan yang mengutuk mereka yang bangkitkan hal ini,” kata ketua Pemuda Amanah Kelantan, Hazmi Hassan yang merujuk kepada timbalan menteri besar, Datuk Mohd Amar Abdullah.

Mohd Amar kecam mereka yang hanya nampak sampah di Kota BharuMohd Amar ketika berkuliah di Kota Bharu Jumaat lalu dipetik sebagai mengutuk mereka yang memberi fokus kepada masalah sampah tidak terurus di bandar itu.

“Sebesar-sebesar bandar Kota Bharu, sampah yang dia nampak.

“Orang macam inilah yang disebut ada mata tidak mahu melihat, ada telinga tidak mahu mendengar dan ada otak tidak mahu berfikir.

“Orang macam ini tempatnya di neraka,” katanya dalam rakaman yang tular di media sosial.

Secara kebetulan pada pagi Jumaat itu, naib presiden Amanah, Datuk Husam Musa sedang menyertai gotong royong membersih kawasan di kawasan penduduk daif tidak jauh dari tempat kuliah itu.

Husam sertai gotong royong kebersihan di Kota Bharu

Hazmi dalam satu kenyataan menyeru kepada anak Kelantan yang pulang bercuti ke kampung menunjukkan rasa tidak puas hati kepada Kerajaan Kelantan berhubung isu sampah.

“Tidak sepatutnya orang nombor dua dalam Kerajaan Kelantan memperlekeh rakyat yang menegur isu sampah.

“Jom ambil gambar atau video dan sebarkan ke alam maya bagi menunjukkan perasaan anak Kelantan yang benci kekotaran,” katanya.

Keindahan dan kebersihan katanya adalah budaya Islam orang milik rakyat Kelantan.

“Sikap itu perlu dibudayakan dan pimpinan yang tidak ada sikap itu, perlu ditolak,” katanya.