Malaysia Dateline

Jangan percaya mesej ‘undi BN dapat RM500’ di TNG e-Wallet, ia taktik scammer musim PRU – Polis

Orang ramai dinasihatkan untuk tidak terpedaya dengan mesej yang cuba menawarkan RM500 kepada mereka yang mengundi Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Pihak polis memaklumkan, mesej tersebut adalah taktik terbaru scammer yang cuba mengambil kesempatan pada musim pilihan raya.

Menerusi penipuan ini, mangsa akan menerima notifikasi bantuan e-wallet sebanyak RM500 kepada mereka yang mengundi Barisan Nasional untuk PRU15.

Mangsa kemudiannya akan diminta untuk mengesahkan identiti menggunakan link yang diberikan.

“Link yang diberikan dalam mesej adalah touchngoemy.top, dan jelas ’emy.top’ menunjukkan yang ianya bukan pautan rasmi TNG.

“Orang ramai tidak sepatutnya menekan pautan tersebut kerana link sebenar tidak ada ’emy.top’.

“Jika anda terlihat link dengan ’emy.top’, ini jelas merupakan penipuan atas talian yang dikendalikan oleh sindiket,” kata Ketua Polis Daerah Sentul, ACP Beh Eng Lai seperti dilapor Bernama.

Tangkap layar asal yang tular

Beh juga menambah, pihak TNG tidak akan menghantar sebarang mesej atau notis kepada mana-mana pengguna berkenaan hal itu dan jika berlaku, ianya adalah satu percubaan untuk menipu mangsa.

Terdahulu, sosial media kecoh dengan pendedahan seorang individu yang mendakwa dia menjadi mangsa penipuan sindiket berkenaan dan kehilangan RM1,950 selepas dia menekan pautan yang diberikan menerusi mesej TNG itu.

Baca juga: “Selepas ini tiada lagi ‘reseller’!”, Syahmi berang individu perguna nama untuk jual air balang, minta pelanggan hati-hati

Baca juga: Lelaki ini tewas selepas ‘bersahabat’ berpuluh tahun dengan ular, pernah kata dia pasrah kalau kena patuk binatang berbisa itu