Jangan pertikai tahap kompeten pendidik guru kita

Jangan pertikai tahap kompeten pendidik guru kita

Ketidakcekapan atau kekurangan daya pencapaian bagi seseorang kakitangan pekerja adalah isu utama yang dihadapi oleh banyak sistem sekolah, pelajar dan ibu bapa terutama terhadap para guru dan pendidik.

Teori ketidakcekapan menyatakan bahawa kecacatan personaliti adalah punca ketidakcekapan para guru maupun pendidik dan ‘ahli akademik’ yang tidak kompeten adalah tidak sesuai untuk mengajar.

Menyedari ciri-ciri pendidik yang tidak cekap adalah aspek penting dalam meningkatkan sistem pendidikan.

Dalam hal kebanyakan, ketidakcekapan dan penyertaan para pendidik dalam aktiviti yang tidak sepatutnya atau berkaitan dengan profesion sering dikaitkan.

Penyertaan dalam aktiviti yang menyalahi undang-undang adalah di bawah payung kecacatan etika, pentadbiran dan peribadi.

Penglibatan seorang pendidik dalam apa-apa aktiviti yang menyalahi undang-undang, seperti penggunaan dadah, kecurian atau sering mabuk, melanggar piawai yang diharapkan oleh seorang pendidik profesional.

Apabila aktiviti yang menyalahi etika dikesan, pertimbangan diri dan kod moral pendidik adalah dipersoalkan.

Penyalahgunaan kuasa, sama ada fizikal, emosi atau lisan, tidak boleh diterima di mana-mana sistem persekolahan atau pendidikan.

Salah satu ciri ketidakcekapan pendidik adalah penyalahgunaan kuasa maupun sikap terhadap rakan sekerja, pihak atasan atau pelajar.

Penyalahgunaan kuasa diri berada di bawah tahap ketidakcekapan etika dan peribadi.

Definisi penyalahgunaan boleh merangkumi dari hanya sikap acuh tak acuh terhadap pelajar sehinggalah ke penyalahgunaan fizikal sebenar.

Jelas, jika bukti penderaan fizikal wujud, seorang pendidik boleh dipecat, namun agak lebih sukar untuk dibuktikan dan mendisiplinkan penyalahgunaan kuasa guru terhadap murid .

Penyalahgunaan kuasa boleh menjadi sesuatu yang semudah seperti hanya mengabaikan pelajar atau mempermain atau mempersenda kerja pelajar (atau pelajar sebenar) di kelas.

Tidak menyedari dan memberi perhatian terhadap perasaan seorang pelajar juga menggambarkan tahap ketidakcekapan.

Salah satu tanda ketidakcekapan pendidik adalah memaparkan kekurangan profesionalisme.

Berpakaian dan bercakap dengan secara tidak sesuai juga memberi isyarat ketidakcekapan.

Ini menunjukkan kurang menghormati norma-norma dan peraturan yang ditetapkan dan diharapkan dari pendidik.

Kekurangan profesionalisme menunjukkan ketidakcukupan tahap aras pentadbiran, kerana ia sering menyebabkan pecahan peraturan.

Dengan bersikap tidak profesional, seorang guru gagal memenuhi piawaian yang telah ditetapkan.

Kurang minat terhadap kerja menunjukkan kebosanan dan ketidakcekapan.

Jika seorang guru tidak mengambil berat tentang keperluan pelajar, pembelajaran pelajar akan terjejas.

Kurang minat adalah satu bentuk ketidakcekapan teknikal dan produktif dan boleh dikaitkan dengan isu-isu lain.

Kurang minat boleh dikaitkan dengan kekurangan lain, seperti kekurangan organisasi dan perancangan.

Menghilangkan tugasan kerja pelajar, gagal menilai atau mentaksir kertas pada waktu yang ditetapkan dan sering lambat menyiapkan tugasan pemarkahan adalah kesan ‘apati’.

Sekiranya pelajar merasakan ketidakpedulian dan kurang minat dalam diri guru, pelajar juga boleh menjadi ‘apatis’.

Apabila pelajar menunjuk sikap diabaikan , pembelajaran juga terhalang.

*Penulis  adalah seorang pendidik senior