Jangan pisahkan peneroka, pinta Anak kepada kerajaan baharu

Jangan pisahkan peneroka, pinta Anak kepada kerajaan baharu

Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman berkata, sebagai sebuah organisasi yang mempunyai keluasan tanah yang terbesar di dunia, Felda mesti dibina dan dipulihkan secepat mungkin.

Kata beliau, tiada lagi istilah Bersama Felda dan Tidak Bersama Felda. Ia telah memecahbelahkan masyarakat. Yang ada hanya ‘ Bersama Felda’. Dengan kata lain, masyarakat Felda mesti disatukan semula.

“Yang menguruskan kebun secara persendirian, harus dikembalikan Wang Tanam Semula mereka, jika ada yang masih ditahan.
“Mereka yang ambilalih kebun dari Felda, harus dibayar atau ditolak hutang mereka, ekoran ketidaksempurnaan penyelenggaraan kebun mereka oleh Felda.

“GPW mesti menjadi badan bebas yang berperanan untuk wanita Felda, bukan lagi alat propaganda parti politik,” kata beliau dalam satu kenyataan semalam.

Ujar Mazlan, Koperasi Permodalan Felda (KPF) dan Koperasi di peringkat rancangan mesti diperkasakan semula.

Kata beliau, terasnya adalah perladangan, di sinilah letaknya peranan Generasi Baharu Felda.

“Warga Felda usah bersengketa lagi. Kita mesti bersatu untuk pulihkan Felda daripada malapetaka, angkara dasar Barisan Nasional (BN) selama ini.

“Memandang ke hadapan dengan tekad baru. Kuasa sudah berada di tangan, moga Ramadhan yang bakal menjelma, memberi kekuatan dan semangat untuk memenuhi harapan 1.5 juta warga Felda,” tambah beliau.

Jelas beliau lagi, sebagai bukti penyatuan semula masyarakat Felda, Anak mohon Kerajaan dan Felda memberikan insentif hariraya kepada semua, 112,635 peneroka Felda dan Pentadbir Felda, dengan jumlah yang lebih baik, selaras dengan pengorbanan mereka selama ini.

Ia tanda penghargaan Kerajaan Baru PH, tiada lagi diskriminasi seperti amalan BN sebelum ini, kata beliau.

9.8
OVERALL SCORE
: 9.0
3 user votes x 10.0
CATEGORIES
TAGS