Jangan rugikan undi, pilih calon tempatan, agamawan dan usahawan dari Amanah

Jangan rugikan undi, pilih calon tempatan, agamawan dan usahawan dari Amanah

Pengundi di Parlimen Sungai Besar tidak harus membazirkan undi mereka kepada parti yang tidak mempunyai kesungguhan menentang Umno-BN, kata Pengerusi Amanah Negeri Selangor, Ir Izham Hashim.

Pengundi di Parlimen Sungai Besar tidak harus membazirkan undi mereka kepada parti yang tidak mempunyai kesungguhan menentang Umno-BN, kata Pengerusi Amanah Negeri Selangor, Ir Izham Hashim.

Menurutnya, pengundi Sungai Besar tiada sebab masih memberi undi kepada BN yang terbukti membebankan rakyat.

“Begitu juga, kepada parti yang hanya mahu menjadi penasihat dan kini tidak lagi lantang menyerang rejim. Kita mahu menggantikan kerajaan bukan sekadar menasihati.

“Jangan bazirkan undi. Beri sokongan penuh kepada Pakatan Harapan,” tegasnya kepada pengundi Sungai Besar dengan merujuk kepada Pas.

Mengulas kekuatan calon bertanding Ustaz Azhar Ab Shukur, beliau berkata, pemilihan tokoh tempatan itu mengambil kira kelebihannya sebagai seorang agamawan dan usahawan.

“Kita mahu tunjukkan rakyat bahawa watak agamawan juga seimbang dengan tuntutan duniawi. Ustaz Azhar misalnya lambang ‘orang agama’ yang juga usahawan berjaya dan dikenali ramai,” katanya ketika ditemui sebelum berarak ke pusat penamaan calon pagi tadi.

Ujarnya lagi, Pilihan Raya Kecil (PRK) pada bulan Ramadan ini adalah ruang bagi rakyat mengukuhkan Pakatan Harapan menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti.

“Ini kali pertama Pakatan Harapan di Semenanjung beraksi di pentas demokrasi selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak bulan lalu,” tambah Izham lagi.

TAGS