Malaysia Dateline

Jangan salah faham, meatball tak tersenarai dalam IKEA Buffet, ini senarai menu yang anda boleh lihat

Jangan salah faham, meatball tak tersenarai dalam IKEA Buffet, ini senarai menu yang ada. Kalau anda bercadang buka puasa di Buffet IKEA, ini senarai menu yang anda boleh lihat untuk anda ‘booking’ tarikh buka puasa di sana. Tapi hidangan popular meatball dan makanan barat yang lain difahamkan tiada dalam menu.

Untuk pengetahuan, IKEA telah memulakan IKEA Ramadan Buffet bermula 11 April lalu dan akan diteruskan sehingga 29 April 2022. Buffet istimewa ini tersedia di IKEA Damansara, Cheras, Batu Kawan dan Tebrau.

Menurut IKEA pembelian tiket dan tempahan buffet boleh dibuat mulai di restoran IKEA dan juga di Swedish Food Market. Sebelum terlupa, barisan untuk buffet akan ditutup 15 minit sebelum masa yang ditetapkan iaitu pada jam 7 malam.

Buffet Ramadan dari IKEA ini akan menyajikan pelanggan mereka dengan menu yang berbeza-beza mengikut hari.

Harga buffet di IKEA Damansara, Cheras dan Batu Kawan adalah RM29.90 untuk dewasa, RM14.90 untuk kanak-kanak dan percuma untuk kanak-kanak bawah 4 tahun. Malah, setiap pembelian tiket buffet dewasa akan mendapat baucar IKEA bernilai RM10 secara percuma.

Manakala untuk IKEA Tebrau, harga buffet adalah RM19.90 untuk dewasa, RM10.90 untuk kanak-kanak dan percuma untuk kanak-kanak bawah 4 tahun. Setiap pembelian tiket buffet dewasa akan menerima baucar bernilai RM5 secara percuma.

Setiap hari, menu buffet yang disajikan berbeza dan ia tidaklah seperti jangkaan anda. Bukanlah menu ‘best seller’ seperti sweedish meatball yang disajikan tetapi menu yang berkonsepkan makanan melayu akan disajikan untuk hidangan buffet ini.

Baca juga: Rasulullah tunai haji satu kali dan 4 kali umrah, ahli politik pergi umrah berkali-kali tapi kes rasuah berpuluh

Baca juga: Penulis buku hina Nabi Muhammad ditahan