Malaysia Dateline

Jangan salah guna prinsip “tidak bersalah hingga dibuktikan bersalah”

Najib Razak Hanipa Maidin
Prinsip “Najib tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah” sukar diterima dalam politik.

Para pemimpin dan pendokong parti politik tidak wajar menggunakan prinsip “Tidak bersalah hingga dibuktikan bersalah” secara semberono, kata Peguam Mohamed Hanipa Maidin.

Kata ahli parlimen Sepang itu, apabila ia digunakan secara tidak tepat, ia akan nampak lucu dan tidak berwibawa serta satu salah guna.

“Saya tak kata prinsip atau maxim tu salah. Cuma bila main pakai secara sembrono, tak tahu dan tak kena pada tempat, masa dan keadaan, ia nampak lucu,” katanya.

Menurut Hanipa, prinsip itu tida ada masalah jika diguna dalam konteks bicara kes di mahkamah (trial in court).
“Tapi, jika nak pakai secara “unqualified” juga dalam politik, caca merba nanti jadinya,” kata beliau.

Hanipa mengulas laporan kenyataan penyokong bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak di Pekan.

“Seronok juga membaca laporan media yang lapor komen setengah pengunjung yang hadir dalam majlis rumah terbuka ‘eidul firtri mantan Presiden parti sarkas di Pekan.

“Komennya lebih kurang berbunyi begini – MO1 tak bersalah hingga dibuktikan bersalah.

“Itu juga “wirid” parti suci dengan bergantung kepada prinsip Islam..”al-aslu baraatun dzimmah”..a man is presumed innocent until proven guilty.

“Hingga ada pemimpin mereka yang simpul seolah olah parti suci je tahu maxim itu dan orang lain jahil belaka,” tulis Hanipa.

Sebelum ini, kata Hanipa, semasa kes Datuk Seri Anwar Ibrahim, beliau dihentam sehingga lunyai sebelum mahkamah membuat keputusan lagi.

“Masa kes komen YB Menteri Pertahanan dalam isu Bukit Kepong..belum pergi mahkamah lagi pun hang dah buli dan belasah dia sakan.. sampai suruh lucut kewarganegaraan beliau. Consistency brader!” kata Hanipa yang menjadi peguam kepada Mohamad Sabu dalam kes Bukit Kepong.

Bagi beliau, jika dipakai dan mengikut logik pengunjung di Pekan itu, logiknya parti yang didokong oleh Najib tidak wajar kalah teruk dalam PRU 14 lalu.

“Ya lah MO1 belum diputuskan bersalah pun dalam kes 1MDB, awat hukum dia dan parti dia kaw kaw dalam PRU?” soal beliau.

“So apa mesejnya? Simple. Logik politik dan logik undang-undang bukan 24 jam sama saudara dan saudari!” kata Hanipa.