Satu perkongsian dari pempengaruh kewangan yang dikenali sebagai Dr Azam Zubir telah berjaya mencuri perhatian ramai pengguna media sosial, baru-baru ini.
Mana tidaknya, pencipta kandungan di platform TikTok itu berkongsi satu maklumat yang kini menjadi buruan orang ramai iaitu tips untuk memperkukuhkan kewangan.
Jelas Dr Azam, mereka yang menyimpan hasrat untuk cepat atau kekal ‘kaya’ perlu menguruskan perbelanjaan atau kewangan berdasarkan tiga perkara penting ini.
1. Jangan biar duit di dalam bank
Disebabkan duit ditinggalkan di dalam bank akan ‘dimakan’ dan dimamah oleh inflasi setiap tahun, jadi lebihan pendapatan boleh disalurkan ke institusi dipercayai.
Sebagai contohnya, tabungan anda boleh dilaburkan dalam akaun Amanah Saham Bumputera (ASB), Tabung Haji ataupun pembelian emas daripada agensi berlesen.
2. Elak berhutang untuk membeli barang mewah
Apabila anda mula berhutang bagi membeli barang-barang mewah, kadar komitmen akan meningkat dari semasa ke semasa sehingga dibelenggu dengan ‘hutang jahat’.
3. Hindar pelaburan yang menjanjikan pulangan tinggi
Pastikan anda tidak terpedaya dengan institusi pelaburan ‘scam’ di mana mereka menjanjikan pulangan tidak masuk akal atau dalam bahasa mudahnya, ‘janji bulan dan bintang’.
“Kesimpulannya, jangan beli barang-barang tidak diperlukan dengan duit yang anda tidak ada untuk ‘impress’ orang-orang yang anda tidak suka.” Tegas Dr Azam.
Baca juga: Betul ke kes Nik Elin gugat undang-undang syariah? Ini 4 fakta yang perlu anda tahu