Malaysia Dateline

Jangan terkejut ada besi dalam bangle emas, kena tahu fungsinya bukan saja-saja letak

Semenjak harga emas jatuh ramai berpusu-pusu mendapatkan barang perhiasan di kedai emas sama ada gelang, rantai atau cincin. Namun ada satu fesyen gelang tangan bangle di mana kaum wanita jangan terkejut kerana di dalamnya ada besi.

Tidak dinafikan selepas duit KWSP RM10,000 boleh dikeluarkan kaum wanita tidak melepaskan peluang untuk memiliki barang kemas yang ‘up to date’ seperti bangle yang dilihat moden, bergaya dan mewah.

Tetapi sebelum beli gelang ini wanita di luar sana perlu tahu satu perkara penting tentangnya di mana bangle ini sebenarnya menggunakan besi di dalamnya dan ia bukanlah emas padu. Bangle bajet, kalau padu lagi mahal harganya.

Malah isu ini menjadi bualan dalam kalangan pembeli bangle emas bila mana mereka tidak diberitahu oleh penjual di dalamnya mengandungi besi.

Jangan terkejut ada besi dalam bangle emas, kena tahu fungsinya bukan saja-saja letak
Besi di dalam bangle emas bukan saja-saja letak, ada fungsinya tersendiri

Pengusaha Kedai Emas Faiz melalui akaun Tik Toknya mendedahkan perkara itu malah pernah berdepan dengan 9 kes seperti ini, di mana pembeli menolak bangle tidak menerima harga anggaran oleh penjual dan tidak tahu ada besi di dalamnya, ekoran itu penjual terpaksa mengeluarkan besi sebagai bukti.

“Dua set bangle kami keluarkan besi sebab pelanggan tidak mahu harga anggaran dan mahu tengok sendiri bukti, lepas buka barulah pelanggan percaya. Penjual tidak pernah beritahu mereka tentang besi ini,” kata pengusaha itu.

Dalam pada itu, beliau menjelaskan fungsi besi di dalam bangle itu untuk menguatkan bangle bila buka tutup bangle.

“Kalau diperbuat daripada emas lama kelamaan tidak tahan sebab emas ini bersifat lembut. Buka saja-saja nak letak besi,” katanya lagi.

Ramai tidak tahu perkara ini sewaktu membeli, tetapi bila hendak jual semula barulah terkejut disebabkan penjual tidak memberitahu dari awal.

Bangle emas seperti Pandora juga ada besi pada klip hujungnya, bila pakai klip nampak lebih fesyen seperti selebriti antarabangsa.

Sebagai pembeli kenalah juga bijak memilih sama ada mahu jenis yang cantik dan moden tapi ada besi di dalamnya atau design yang lama tetapi emas padu.

Baca juga: Teruja beli emas ketika harga jatuh, anda harus tahu jenis-jenis emas elak kena tipu

Baca juga: Pembantu kedai didenda RM2,500 sebab buang patung hiasan