Malaysia Dateline

Jangan terkejut ada suami kerap diterajang isteri, ini patut mangsa dera buat

Ada suami kerap disepak terajang isteri setiap kali bertengkar. Kes itu benar-benar wujud dan diterima Persatuan Hak Bapa Malaysia.

Secara purata, terdapat lima hingga 10 kes setahun laporan berkaitan kes suami didera isteri seperti disahkan Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM).

Walaupun lazimnya memang lebih banyak kes keganasan rumah tangga membabitkan isteri sebagai mangsa, tetapi kes suami kena belasah dengan isteri juga tidak harus dipandang enteng.

Berikut ini patut pihak suami lakukan jika menjadi mangsa dera oleh isteri yang panas baran:

1. Hubungi Persatuan Hak Bapa Malaysia 016-263 1293 atau layari Facebook Persatuan Hak Bapa Malaysia.

2. Buat laporan polis. Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 terpakai terhadap golongan lelaki.

3. Memohon perintah injunksi interim dari mahkamah.

4. Failkan tuntutan nusyuz terhadap isteri.

5. Memohon penceraian.

Baca juga Amah teruk kena dera dan mati, wakil rakyat ini ingatkan jangan pernah lupa kisah Adelina Lisao

Baca juga Tidak serik ditahan polis, warga emas tabur duit hasil mengemis kepada penyanyi dangdut