Malaysia Dateline

“Jangan terkejut orang ini kaya sebab duit derma”, pemuda dedah sisi gelap NGO yang ditubuh untuk kaut duit

Jika anda perasan, ketika ini semakin ramai orang perseorangan yang mula tubuhkan badan bukan kerajaan (NGO) mereka sendiri atas inisiatif untuk memberi khidmat kepada masyarakat.

Namun ada yang menimbulkan persoalan bagaimana kebanyakan mereka yang menggerakkan badan tersebut tidak mempunyai kerja tetap, tetapi masih mampu ‘survive’ dengan NGO yang ditubuhkannya? Dari mana mereka mendapatkan sumber kewangan mereka?

Seorang pemuda yang menggunakan akaun Facebook sebagai Aliff Ahmad, mendedahkan beberapa modus operandi individu yang ‘menyorok’ di sebalik sebuah pertubuhan NGO untuk mengaut duit dari derma-derma yang diberikan rakyat Malaysia.

Untuk pengetahuan, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) membenarkan mana-mana NGO untuk mengambil 30 peratus dari derma yang mereka kutip sebagai ‘charge’ pengurusan.

Ini bermakna Aliff berkata, jika sesebuah NGO berjaya mengumpul RM100,000, mereka boleh menggunakan sekitar RM30,000 sebagai ‘charge’ pengurusan.

“Sebenarnya, bukan tunggang agama je boleh buat duit. Tunggang NGO pun boleh buat duit. Sebab tu kau perasan ramai yang all out kutip derma, sampai sanggup tekan pengiklanan, billboard, buat content dan bayar iklan masuk media. Sampai ada yang sanggup berhenti kerja, kerja terus sepenuh masa dengan NGO dia!

“Lagi satu perkara yang penting, ROS tidak mewajibkan audit tetapi hanya laporan kewangan. Alah, macam kelab ping pong sekolah. Ada bendahari bagi laporan, pengerusi tandatangan je dan hantar. Jadi, memang ramailah orang manipulasi kelemahan regulasi ini.

“Bila NGO tu kau yang kawal, kaulah CEO, kaulah pengasas, kaulah pengerusi. Mestilah kau ada kuasa penuh. Hujah biasa puak ni, orang derma atau infaq disebabkan dia. Orang percaya dia. Jadi, dia berhak buat apa sahaja,” tulisnya dalam satu hantaran di Facebook.

Berikut kami kongsikan pendedahan penuh pemuda berkenaan yang menyenaraikan bagaimana sesetengah individu ‘buat duit’ dengan NGO.

1. Gaji

Kutip derma atau infaq. Tetapkan gaji atau elaun sendiri, masuk dalam ‘charge’ pengurusan. Dengan charge pengurusan inilah, kau boleh bayar sewa pejabat, bayar gaji kru dan juga gaji kau! Kau dibayar untuk buat baik. Benda yang kau suka. Bukan susah kan? Ada NGO yang kaya kutip derma letak gaji RM20,000 tau dekat pengerusi dia!

2. Supplier

Kutip derma atau infaq. Kau sendiri jadi supplier. Kau buat pengumuman yang kau nak sedekah face mask dekat B40 dari PPR. Jadi kau cari orang nak infaq atau derma. Kau sendiri supplier. Lepas dah collect duit derma dan infaq tu, NGO kau beli dekat kau facemask tu full price. So, kau dapat sales.

3. Kroni

Kutip derma atau infaq. Kroni kau yang supply. Kau cash out tepi. Kau minta derma untuk buat rumah asnaf, duit dah dapat. Kau lantik kawan kau jadi kontraktor. NGO kau bayar dia, dia kasi kau 10%!

4. Buat program bisnes

Kau guna NGO kau buat program waqaf sambil berbisnes. Dia kumpul orang, collect sorang RM1000 untuk beli ayam serama, jadi pulangan 50/50. 50% ke asnaf, 50% ke pelabur. Kalau gagal, dia akan pulangkan 50%. Beramai-ramailah masuk sebab nak tolong asnaf. Dia tak buat pun bisnes tu. Dia ambil 50%, dia return 50% seperti dalam perjanjian.

5. 100% keuntungan untuk infaq

Kau declare yang 100% keuntungan bisnes kau, akan kau infaq ke NGO kau. Jadi beramai-ramailah orang membeli di kedainya. Walhal dia dah tetapkan gaji dia berpuluh ribu. Cover semua kos dah. Untung RM10, bagi semua RM10 pun kira 100% juga.

6. Pelaburan untuk asnaf

Kau collect derma untuk NGO kau, kata kau akan invest dalam business. Nanti pulangan, boleh bagi dekat asnaf di bawah NGO. Dia invest dekat company dia sendiri, atau kroni-kroni dia. Bila rugi, dia cakaplah, investment mana ada janji untung. Itu riba. Ada yang lagi hampeh, dia buat main saham.

7. Beli harta (aset) untuk NGO

Kau collect derma atau infaq untuk NGO kau, kau beli harta kau sendiri untuk cash out. Kau ada van buruk. Kau sesak nak duit. Jadi, kau collect derma untuk beli van kau yang kalau kau jual sendiri, takda siapa nak beli. Jadi kau guna power kau untuk NGO kau beli van buruk kau. Kautim!

8. Lantik syarikat sendiri

Kau sebagai founder NGO kau, kau lantik kedai runcit kau jadi food bank orang miskin. Jadi supplier NGO kau. Siapa bayar kedai runcit tu? NGO tu lah bayar. Kau jangan pelik, walaupun kedai runcit tu kosong, tak ada orang datang membeli, tak meriah. Tapi nanti sales dia berpuluh-puluh juta! Semua sales itu daripada NGO yang beli dari kedai dia dengan duit derma atau infaq korang.

Setakat ini, hanya lapan yang aku kesan. Kalau ada lagi, korang tambahlah. Sebab itu korang jangan pelik puak ni sanggup buat pasukan publisiti ramai-ramai, dengan cameraman, soundman, content writer, video editor, designer. Siapa bayar semua tu? The more donation coming in, the merrier the NGO pocket.

Ia sah dan tak salah di sisi undang-undang. Sebab itu makin ramai orang buat. Kerja senang bro. Bukan duit kau. Orang bayar kau untuk kau buat baik. Kau dapat duit, kau nampak baik.

Cuma aku tertanya-tanya, masa kau buat derma atau infaq tu, kau memang dah redha ke RM100 kau nak bagi dekat asnaf tu, hanya sampai RM70? RM1,000 kau tu sampai kat asnaf RM700 je. Ke korang tak tau?

Jadi, kau jangan pelik boss-boss NGO ni rilex je full time dengan NGO. Hidup steady, kereta steady, berjalan oversea. Sebab semuanya sudah ditanggung. Mereka dibayar untuk buat perkara yang mereka suka.

Kau jangan terkejut orang yang run NGO macam ni, dia jadi kaya raya rasanya sebab duit derma tu je. Ada yang sampai kahwin 2,3. Entah berapalah gaji dia set dekat diri dia. Berapa banyaklah dia cash out. Kita tak boleh lepas ke situ.

Penafian: Pandangan yang diutarakan di atas tidak menggambarkan pandangan Malaysia Dateline. Penulisan di atas adalah hasil dari pemerhatian penulis berkenaan.

Baca juga: 9 pemimpin politik sertai bantahan harga barang naik, selesai dirakam keterangan

Baca juga: Minyak masak Singapura lagi murah dari Malaysia, di mana silapnya? soal netizen