Jangan terlalu bergantung geran kerajaan, kata TPM

Jangan terlalu bergantung geran kerajaan, kata TPM

Pertubuhan sukarela kebajikan disaran agar tidak terlalu bergantung dan berharap kepada geran kerajaan semata-mata untuk menjayakan program dan aktiviti mereka.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, pertubuhan sukarela kebajikan yang telah menerima geran juga diharap dapat berdikari dan berdiri teguh dengan sokongan serta bantuan pihak korporat serta sumber kewangan lain selain kerajaan.

“Saya yakin dan percaya terdapat banyak syarikat korporat serta individu di luar sana yang ingin bekerjasama dengan pertubuhan sukarela kebajikan untuk bersama-sama menjayakan pelbagai program dan aktiviti pembangunan wanita, keluarga serta masyarakat melalui pelaksanaan program tanggungjawab sosial korporat (CSR)’,” katanya semasa berucap pada majlis perasmian Tasputra Perkim hari ini.

Pada 2018 jelas Wan Azizah, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah membelanjakan sejumlah RM 13,673,866.80 untuk 224 buah pertubuhan sukarela kebajikan termasuklah pertubuhan sukarela kebajikan yang mempunyai pusat jagaan seperti Tasputra Perkim.

“Pemberian geran tahunan ini bertujuan memberikan sokongan kepada pertubuhan sukarela kebajikan (PSK) dalam usaha memberikan perkhidmatan terbaik kepada kumpulan sasar yang berkeperluan serta
meringankan beban kewangan yang dihadapi oleh PSK.

“Pada tahun 2018, Tasputra Perkim menerima Elaun OKU sebanyak RM 52,200.00 dan Geran Rangsum untuk keperluan makan minum kanak-kanak sebanyak RM 33,132.00 daripada JKM.

“Ia juga memastikan pelaksanaan program dan aktiviti kebajikan dapat dilaksanakan secara berterusan serta menyeluruh,” ujarnya.

Kata Dr Wan Azizah, Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Orang Kurang Upaya (MKBOKU) pertama pada 2018 juga telah bersetuju dengan cadangan bagi meningkatkan aksesibiliti kepada golongan OKU seperti pewujudan Pelan Tindakan Aksesibiliti OKU.

“MKBOKU juga telah mencadangkan peluasan perkhidmatan e-hailing kepada OKU dan bersetuju akan cadangan pendidikan inklusif diadakan di semua sekolah di peringkat negeri bagi memberi pelua