Malaysia Dateline

Jangan terlalu kompromi industri rokok, sedar tak puluhan ribu nyawa jadi korban tiap tahun

Dah lebih 27,200 kematian rakyat Malaysia setiap tahun akibat tabiat merokok, apakah mahu kompromi lagi dengan industri rokok yang telah terbukti banyak nyawa terkorban. 

Malah kata Presiden MAPIM, Mohd Azmi Abdul Hamid, Malaysia tidak boleh menerima sebarang ugutan dari industri rokok kerana kesihatan dan nyawa rakyat yang perlu diberi keutamaan dan bukannya mendahului kepentingan industri tembakau. 

“Adalah sangat penting Rang Undang-Undang Kawalan Tembakau dan Merokok diluluskan bagi melindungi kesihatan dan nyawa rakyat dan jangan sekali-kali kerajaan berkompromi dengan mana-mana pihak. 

“Telah begitu banyak NGO kesihatan turut berjuang bagi membantah industri ini kerana ia jelas membuktikan 4.8 juta perokok di Malaysia bukanlah satu angka yang kecil dan amat membimbangkan. 

“Usaha melobi daripada gabungan syarikat pengilang rokok yang cuba menghalang sebarang usaha kerajaan mewujudkan undang-undang bagi menghentikan rakyat daripada meneruskan tabiat merokok adalah dibantah keras dan kerajaan tidak harus melayan golongan yang hanya mementingkan keuntungan diatas kesengsaraan rakyat, ” ujar beliau ketika ditemui Malaysia Dateline.

Baca juga: Jambatan usang, Adun AMANAH Pengkalan Kundor segera turun padang baiki jambatan

Baca juga: “Buat kerja tak ‘clean’ lah dik” – Gelagat gadis ini curi-curi ambil gambar Arif Aiman, buat netizen gelak besar