Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Jangan terpedaya dakwaan pembangkang burukkan PM, kata Shafie Apdal
Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.- Foto Fb

Jangan terpedaya dakwaan pembangkang burukkan PM, kata Shafie Apdal

BernamaJanuary 8, 2020 8:39 am




Rakyat Sabah diingatkan supaya tidak terpedaya dengan pelbagai tuduhan pembangkang yang sengaja memburukkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semasa berkempen bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata Dr Mahathir adalah pemimpin yang memahami kehendak dan aspirasi negeri ini dan banyak kebaikan yang sudah dilakukan kepada Sabah.

“Misalnya saya minta Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) itu dikembalikan kepada Sabah, dan beliau (Dr Mahathir) meluluskan. Begitu juga pengurusan Pulau Sipadan dan Pulau Ligitan di Semporna, sebelum ini mengurusnya bukan kita (Sabah) tetapi Majlis Keselamatan Negara.

“Kita minta dengan Tun Dr Mahathir, tuntutan dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan dia putuskan pengurusan dan pentadbiran pulau itu diserahkan kepada Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah,” katanya ketika berucap pada sambutan Hari Krismas di Kuala Pos Bongawan Estate  pada Selasa.

Mohd Shafie yang juga Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), berkata terdapat banyak lagi rundingan dilakukan kerajaan Sabah bersama Dr Mahathir.

“Banyak sudah kita (Sabah) minta, tetapi tidak cukup. Maknanya apa yang rakyat bagi undi dengan kita (pada Pilihan Raya Umum Ke-14), sedikit sebanyak dalam satu tahun lebih (memerintah) sudah ada hasil,” katanya.

Sementara itu, Mohd Shafie berkata bagi membolehkan lebih banyak pembangunan dilaksana di kawasan Parlimen Kimanis, penduduk perlu menterjemahkan sokongan dengan mengundi dan memberi kemenangan kepada calon Warisan Datuk Karim Bujang pada PRK Parlimen Kimanis, 18 Jan ini.

PRK Parlimen Kimanis menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara Karim dan calon BN Datuk Mohamad Alamin.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari pengundian pada 18 Jan dan hari pengundian awal pada 14 Jan.

— BERNAMA

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Anwar dicadang buat petisyen kepada Agong, PM tiada majoriti

‘Pas ikut sunnah Trump, kalah pilihan raya tapi mahu jadi kerajaan’

RM35 juta mungkin dah boleh buat lebih 6 buah masjid, kata DAP

Pemuda Pas jelas tidak menghormati PKP

Husam potong elaun Senator bermula gaji Januari bantu frontliner

Terkini

Awas, usaha nak tanam kebencian tu

Kenyataan Hadi sahkan kerajaan hari ini tidak ada majoriti

‘Umno Sdn Bhd’ lawan ‘penjual Umno kepada diktator’

PENDAPAT: Bila Parlimen ditutup, ‘parlimen rakyat’ yang ambil alih

Krisis pendidikan negara semakin memuncak

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production