Malaysia Dateline

‘Jangan tiba-tiba main umum, perlu sediakan payung sebelum hujan’

Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan kerajaan agar tidak menutup aktiviti ekonomi selepas 4 Februari depan secara mengejut.

Menurutnya, langkah jika PKP 2.0 yang sedang dilaksanakan gagal mengekang penularan Covid-19 itu perlu mengambil kira kepentingan rakyat.

Beliau berpendapat sebahagian rakyat akan berdepan masalah berganda termasuk mendapatkan makanan sekiranya kerajaan tidak memberikan bantuan sewajarnya.

“Jangan tiba-tiba main umum sahaja. Perlu sediakan payung sebelum hujan. Kita tidak mahu pengumuman penutupan ekonomi mengundang ekstra bahaya.

“Jika peningkatan paras kemiskinan pula berlaku, itu bermakna sebahagian rakyat bukan sahaja berdepan ancaman wabak, tetapi juga ancaman hilang segala-galanya selepas Februari 2021.

“Hilang tempat tinggal, kenderaan waima makanan dan minuman untuk seisi keluarga. Ini juga “disaster” yang perlu dielakkan,” katanya lagi.

LANJUT MENYUSUL