Jangan tuding jari kejadian menimpa enam anggota PPDA, kata Hanipa

Jangan tuding jari kejadian menimpa enam anggota PPDA, kata Hanipa

Orang ramai diminta agar tidak menuding jari kepada mana-mana pihak dalam tragedi yang mengorbankan enam anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) ketika operasi mencari dan menyelamat seorang remaja lelaki yang lemas di sebuah lombong di Taman Putra Perdana, Puchong semalam.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mohamed Hanipa Maidin berkata, kejadian yang menimpa keenam-enam mangsa adalah satu kemalangan dan di luar bidang kuasa semua pihak.

“Sesetengah pihak tidak sepatutnya menuding jari atas apa yang telah terjadi. Anggota bomba yang terkorban ini maut ketika melaksanakan tugas menyelamatkan mangsa dan apa yang berlaku adalah di luar kawalan mana-mana pihak.

Kita harus tabah dan reda atas apa yang berlaku. Kita juga sepatutnya perlu mengorak langkah dengan mengkaji kelemahan dari setiap aspek bagi mengelak tragedi sama berulang semula,” katanya ketika ditemui selepas melawat anggota keluarga remaja lemas, Muhammad Ilham Fahmy Mohammad Azzam, 17,di Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Serdang, malam tadi, lapor Bernama.

Jenazah  Muhammad Ilham Fahmy Mohammad Azzam dikebumikan di Tanah Perkuburan Taman Putra Perdana malam tadi.

Beliau yang juga Anggota Parlimen Sepang berkata pihaknya akan menghulurkan bantuan kepada semua anggota keluarga mangsa selepas semua urusan selesai.

Tambahnya, pihaknya belum lagi membuat keputusan tentang jenis bantuan yang akan dihulurkan.

“Bagi enam anggota bomba yang terkorban dalam tragedi ini, mereka adalah ‘unsung hero’ (wira yang tidak didendang),” katanya yang meluangkan masa selama dua jam bersama anggota keluarga remaja berkenaan.

Jenazah Muhammad Ilham Fahmy selesai dibedah siasat di Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Serdang pukul 9.36 malam ini dan kemudian dibawa ke Masjid Putra Perdana, Puchong dan disolatkan pada pukul 10.45 malam.

Jenazah kemudiannya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Putra Perdana pada 11.25 malam.

Pada Rabu seramai enam anggota Pasukan Penyelamatan di Air (PPDA) maut ketika melakukan operasi mencari dan menyelamat Muhammad Ilham Fahmy yang dilaporkan lemas di lokasi terbabit petang semalam.

Mereka ialah empat anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pelabuhan Klang iaitu Mohd Fatah Hashim, 34; Izatul Akma Wan Ibrahim, 32; Mazlan Omarbaki, 25 dan Yahya Ali, 24, serta dua anggota daripada BBP Shah Alam iaitu Adnan Othman, 33, dan Muhammad Hifdzul Malik Shaari, 25.

Kejadian berlaku pada 9.15 malam ketika mereka baru sahaja memulakan operasi mengesan remaja berkenaan

8.0
OVERALL SCORE
: 8.0
Have no any user vote
CATEGORIES
TAGS