Malaysia Dateline

Jangan tunggu hujung bulan, ‘Mat Saleh’ ini nasihat dapat saja gaji simpan 10 peratus

Jangan tunggu hujung bulan konon baru nak menyimpan duit, memang takkan dapat. Itu nasihat seorang ‘Mat Saleh’ apabila menjelaskan mengenai kepentingan simpanan sebagai asas kewangan yang pertama.

Menurutnya, langkah menyimpan 10 peratus daripada jumlah gaji bulanan yang diterima merupakan salah satu tips terpenting untuk kestabilan kewangan.

Pemilik akaun Facebook atas nama Moto Matsalleh itu berkata, ramai menyesal kerana rancangan untuk menyimpan duit lebih pada hujung bulan tidak kesampaian.

Beliau yang mempunyai 241,000 pengikut itu berkata, “bayar” kepada diri sendiri terlebih dahulu untuk menyimpan wang.

“Contoh, gaji RM3,000 masuk akaun. Langsung potong RM300 dari gaji dan pindahkan ke akaun simpanan.

“Baki gaji dipakai untuk keperluan bulanan. Kestabilan kewangan datang daripada simpanan bukan gaji tinggi dan harta benda,” jelasnya yang fasih berbahasa Melayu.

Baca juga Rupiah lebih bagus daripada ringgit, bersediakah Malaysia berdepan kemelesetan ekonomi?

Baca juga Tak lagi aktif di Facebook, ramai remaja layan TikTok, YouTube