Jangkaan 122 Parlimen, 6 negeri di Semenanjung dikuasai PH, kata Mahathir

Jangkaan 122 Parlimen, 6 negeri di Semenanjung dikuasai PH, kata Mahathir

Pengerusi Pakatan Harapan menyakini gabungan empat parti dalam Pakatan Harapan akan berjaya meraih sekurang-kurangngya 122 kerusi Parlimen untuk membentuk kerajaan baharu dengan  mengambil alih enam negeri di Semenanjung.

Beliau dalam sidang media yang diadakan malam ini di Sheraton Hotel Petaling Jaya berkata demikian ketika ditanya harapannya terhadap gabungan itu pada Pilihan Raya Umum ke-14

“Kita perlukan 122 kerusiuntuk membentuk kerajaan persekutuan.

“Secara tidak rasmi kita akan dapat enam kerusi- Pulau Pinang, Selangor,Melaka, Negeri Sembilan,Johor dan Kedah.

“Sekarang ini kita sudah mencapai lebih daripada kerusi yang ditandingi BN semakin berkurangan,” ujarnya.

Turut hadir dua Timbalan Presiden PH Mohamad Sabu dan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Naib Presiden Mohamed Azmin Ali.

Beliau juga berkata, PH berharap akan dapat meraih lebih kerusi Parlimen.

Beliau juga mengatakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)  sengaja melewatkan untuk mengumumkan keputusan calon yang bertanding apabila dakwanya SPR tidak mahu menandatangani Borang 14.

Beliau yang bertanding di kerusi Langkawi berjaya menumbangkan penyandang Datuk Nawawi Ahmad  (BN)  dan Zubir Ahmad (Pas)  dengan majoriti 8,893 undi.

Bekas Perdana Menteri yang kini berusia 93 itu  memperoleh sebanyak 18,954 undi meninggalkan Nawawi dengan 10,061 undi manakala, Zubir hanya mendapat 5,512 undi.

 

10.0
OVERALL SCORE
: 10.0
Have no any user vote