Malaysia Dateline

Jangkaan 70 peratus keluar mengundi tercapai

Jangkaan 70 peratus pengundi keluar mengundi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) P.176 Kimanis tercapai apabila jumlah keluar mengundi yang dicatatkan SPR untuk keseluruhan PRK itu sehingga jam 3.00 petang tadi adalah 70.20 peratus.

Seramai 29,619 orang daripada 29,664 pengundi biasa yang layak mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis menunaikan tanggungjawab memilih wakil rakyat baharu mereka hari ini.

PRK Parlimen Kimanis menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Karim Bujang dan calon Barisan Nasional (BN) Datuk Mohamad Alamin.

PRK Parlimen Kimanis diadakan selepas Mahkamah Persekutuan pada 2 Dis lepas mengekalkan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Kota Kinabalu yang membatalkan kemenangan bekas Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman bagi kerusi itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lepas.

Mahkamah Pilihan Raya Kota Kinabalu pada 16 Ogos tahun lepas memutuskan bahawa kemenangan Anifah di kerusi itu sebagai tidak sah dan terbatal selepas mendapati ada kertas undi tambahan yang boleh menjejaskan keputusan pilihan raya.