Malaysia Dateline

Jangkitan baharu Covid-19 kembali lepasi 17,000 kes

Jangkitan baharu Covid-19 kembali melepasi 17,000 iaitu 17,105 kes hari ini selepas mencatatkan 11,767 kes semalam.

Pertambahan baharu ini menjadikan jumlah kumulatif terus meningkat kepada 1,163,291 kes.

Daripada kes yang dikesan hari ini, 48 peratus dilapor di Lembah Klang dengan Selangor (5,836 kes), Kuala Lumpur (2,309 kes) dan Putrajaya (72 kes).

Selain Selangor dan Kuala Lumpur, tiga lagi negeri mencatatkan kes Covid-19 empat angka iaitu Johor (1,275 kes), Kedah (1,036 kes) dan Sabah (1,010 kes).

Ketiga-tiga negeri itu masing-masing mencatatkan jumlah keseluruhan sebanyak 94,225 kes, 87,899 kes dan 49,286 kes.

Setakat jam 12 tengah hari tadi juga, dua negeri menghampiri 1,000 kes baharu iaitu Perak (967 kes) dan Kelantan (915 kes).

Sementara itu, Negeri Sembilan mencatatkan pertambahan 816 kes diikuti Pulau Pinang (798 kes), Pahang (628 kes) dan Melaka (508 kes).

Dua lagi negeri merekodkan lebih 400 kes iaitu Sarawak (494 kes) dan Terengganu (429 kes).

Hanya tujuh dan lima kes baharu masing-masing dikesan di Perlis dan Labuan.