Malaysia Dateline

Jangkitan Covid-19 di negara kita lepasi 30,000 kes

Kes jangkitan Covid-19 di negara ini sudah melepasi angka 30,000 selepas mencatatkan 649 kes positif baharu hari ini.

Bagaimanapun sebanyak 19,757 pesakit iaitu 65.66 peratus daripada 30,090 yang disahkan positif virus itu, telah sembuh daripada jangkitan tersebut.

Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan sebanyak 10,087 lagi pesakit masih dirawat dengan 106 kes daripadanya sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Daripada 106 kes di ICU itu, 23 pesakit memerlukan bantuan pernafasan setakat jam 12 tengah hari ini.

Dalam tempoh sama, tiada kematian baharu direkodkan buat pertama kali sejak 7 Oktober lalu. Ini menjadikan jumlah kematian kumulatif di negara ini kekal 246 orang.

Bagi kes sembuh baharu hari ini, Sabah mencatatkan kes sembuh tertinggi sebanyak 458 kes diikuti Selangor (94), Kedah (68), Labuan (18), Negeri Sembilan (15) dan Pulau Pinang 13 kes.

Sementara itu, Melaka hanya mencatatkan 9 kes sembuh hari ini, diikuti Sarawak (4), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya (4) manakala Johor 2 kes.