Malaysia Dateline

Jangkitan Covid-19 kekal tinggi catat lebih 5,000 kes walau PKP

Jumlah kes harian Covid-19 kekal tinggi merekodkan angka lebih 5,000 iaitu sebanyak 5,586 kes hari ini.

Sejak 23 Jun lalu, kes baharu Covid-19 melebihi 5,000 kes walaupun negara dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0

Pertambahan kes hari ini menjadikan jumlah keseluruhan Covid-19, sebanyak 734,048 kes.

Selangor terus kekal menjadi satu-satunya negeri mencatatkan empat angka dengan 2,108 kes.

Malah, negeri itu mengalami peningkatan kes baharu berbanding 2,108 kes semalam.

Lima negeri lain yang menyaksikan peningkatan kes Covid-19 hari ini ialah Sarawak dengan 513 kes diikuti Melaka (380 kes), Perak (229 kes), Sabah (190 kes) dan Kelantan 133 kes.

Sementara itu, Terengganu merekodkan dua angka selain Labuan dengan hanya 16 kes berbanding 29 kes semalam.

Kes baharu pandemik tersebut di Putrajaya turun kepada empat kes berbanding 24 kes dalam tempoh 24 jam lalu.

Perlis pula hari ini tidak mencatatkan kes baharu.