Malaysia Dateline

Jangkitan Covid-19 masih lebih 5,000 kes, Perak catat kenaikan mendadak

Jumlah kes harian Covid-19 masih tinggi dengan sebanyak 5,218 kes hari ini sekali gus menyaksikan enam hari berturut-turut jangkitan baharu melebihi 5,000 kes.

Pertambahan kes hari ini menjadikan jumlah keseluruhan Covid-19, sebanyak 739,266 kes.

Selangor terus kekal menjadi satu-satunya negeri mencatatkan empat angka dengan sedikit penurunan iaitu 1,989 kes berbanding 2,212 kes semalam.

Tujuh negeri mencatatkan peningkatan kes Covid-19 hari ini dengan Perak mengalami pertambahan mendadak iaitu 400 kes berbanding 229 kes semalam.

Sementara itu, kes Negeri Sembilan dikesan mempunyai 629 kes hari ini diikuti Sabah (258 kes), Kedah (194 kes), Labuan (108 kes), Terengganu (23 kes) dan Putrajaya lapan kes.