Malaysia Dateline

Jangkitan Covid-19 melonjak 3,332 kes baharu

Sebanyak 3,332 kes baharu Covid-19 dilaporkan hari ini berbanding 3,142 kes semalam sekali gus menyaksikan hari kedua pola kes harian pandemik melebihi 3,000 kes.

Selangor kekal mencatatkan jangkitan harian tertinggi sebanyak 1,083 kes diikuti Sarawak (522 kes), Kelantan (401 kes), Kuala Lumpur (359 kes) dan Johor dengan 207 kes.

Jumlah keseluruhan kes Covid-19 dilaporkan kini mencecah 404,925 kes.

LANJUT MENYUSUL