Malaysia Dateline

Jangkitan Covid-19 terus melonjak ke 6,976 kes

Buat hari kelima berturut-turut, bilangan kes baharu Covid-19 melepasi angka 6,000 dengan berjumlah 6,976 kes hari ini.

Setakat tengah hari tadi, jumlah keseluruhan kes wabak maut itu mencecah 512,091 kes.

Rekod baharu itu merupakan bilangan harian tertinggi melangkaui jumlah sebelumnya iaitu 6,806 kes hanya pada tiga hari lalu.

Peningkatan kes Covid-19 masih menyaksikan Selangor kekal sebagai negeri dengan kes baharu tertinggi, dengan 2,235 kes.

Negeri kedua tertinggi kes pandemik itu ialah Sarawak dengan 663 diikuti Kelantan (626), Johor (549), Kuala Lumpur (447), Negeri Sembilan (434), Kedah (422) dan Pulau Pinang 372 kes.

Sementara itu, empat negeri lagi mencatatkan angka lebih 200 kes iaitu Perak (279), Terengganu (266), Pahang (263) dan Melaka 209 kes.

Sementara itu, Sabah merekodkan 136 kes hari ini manakala Labuan mempunyai 37 kes disusuli Putrajaya (30 kes) dan Perlis lapan kes.