‘Janji 100 hari Pakatan Harapan saya letak anggaran gred D’, kata Tuan Ibrahim

‘Janji 100 hari Pakatan Harapan saya letak anggaran gred D’,  kata Tuan Ibrahim

Pas hanya memberikan penilaian ‘gred D’ kepada kepimpinan Pakatan Harapan terajui negara dalam tempoh 100 hari selepas mengambil alih kerajaan BN pada 10 Mei lalu.

Timbalan Presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, kegagalan janji manifesto PH itu akan dapat dilihat pada kecenderungan pengundi di dalam dua Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Balakong dan Dun Seri Setia pada 8 September depan.

“Sabtu ini tamat tempoh janji 100 hari Pakatan Harapan bersamaan dengan hari penamaan calon.

“Kita akan tengok sejauh mana rakyat akan menilai janji itu yang akan diterjemahan dalam peti undi nanti.

“Mood rakyat sekarang sedang mempertikaikan sejauh mana komitmen Pakatan Harapan tunaikan janji-janji lain.

“Sebuah badan bebas yang menilai juga mendapati antara 20% hingga 30% janji 100 hari yang berjaya ditunaikan Pakatan Harapan. Ini menunjukkan Pakatan Harapan gagal tunai janji yang mereka sendiri buat,” ujarnya dalam sidang media yang diadakan di Parlimen hari ini.

Ketika ditanya penilaian  Pas pula terhadap janji 100 hari  kerajaan PH,  Tuan Ibrahim menambah,”saya letak anggaran ‘gred D’, ” ujarnya.

Jelas Tuan Ibrahim lagi sekiranya kerajaan PH gagal tunaikan janji 100 hari, ini memperlihatkan kegagalan Jawatankuasa Manifesto Pakatan Harapan untuk memastikan kerajaan tidak tunaikan janji diluar manifesto.

” Kita tengok gagal tunai janji manifesto, kerajaan pula buat perkara diluar manifesto Nak buat kereta nasional ketika dan litar lumba formula 1 akan dihidupkan semula, sedangkan ia bukan jadi keutamaan bagi rakyat.

“Kita akui kerajaan perlu masa. Kita tidak pertikaikan soal waktu. Apa yang kita pertikaikan adalah janji 100 hari itu.

“Bila mereka gagal bermakna jawatan kuasa ini membuat pengkajian tidak teliti sebelum realitinya dikemukakan kepada rakyat… termasuk soal hutang bukan benda yang sulit,” ujarnya.

Tegas Tuan Ibrahim lagi, Pakatan harapan tidak membuat kajian sebelum membentangkan tawaran dalam manifesto mereka sehingga kebanyakan janj-janji itu gagal dilaksana dalam jangka masa yang ditentukan Pakatan Harapan sendiri.

4.5
OVERALL SCORE
: 9.0
1 user vote x 0.0