Janji ‘100’ hari perangkap kejayaan manifesto PH, kata pembangkang

Janji ‘100’ hari perangkap kejayaan manifesto PH, kata pembangkang

Hari ini genap 100 hari manifesto Pakatan Harapan (PH) menerajui Kerajaan Persekutuan selepas memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 9 Mei lalu.

Dalam tempoh 100 hari ini PH cuba memenuhi 10 Janji dalam manifesto PRU14 yang digariskan dalam Buku Harapan.

Sukar untuk mentafsirkan sama ada PH berjaya melaksanakan semua janji tersebut dalam beberapa banyak kajian dilakukan, pemerhatian dikalangan pakar pelbagai bidang, dan secara umum pandangan peribadi rakyat Malaysia terhadap kerajaan baharu PH.

Namun yang jelas bagi kepimpinan PH menerusi kenyataan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri, mengatakan kerajaan hari ini, bekerja tidak hanya untuk 100 hari yang disasarkan dalam Manifesto PH tetapi untuk mencapai kejayaan dalam beberapa Pilihan Raya Umum akan datang.

Dr Mahathir menegaskan, kerajaan PH telah mendatangkan banyak kebaikan kepada negara ini dan masih banyak perkara juga perlu dilakukan.

Sudah tentu bagi pembangkang yang kini didokongi BN dan Pas di Selangor, rata-ratanya berpendapat janji ‘100 hari’itu yang sebenarnya telah memerangkap PH dalam usaha merealisasikan manifestonya yang dilancarkan pada¬† Mac lalu.

Idris Ahmad

Naib Presiden Pas Idris Ahmad berkata, kesilapan Kerajaan PH kerana buat janji 100 hari kepada rakyat tetapi hari ini sudah pun 100 hari dakwanya, masih lagi banyak yang belum dapat ditunaikan.

“Saya pelik. Kepimpinan Pakatan Harapan ramai yang cerdik pandai dan lama berada dalam kabinet kerajaan seperti Tun Dr Mahathir dan Tan Sri Muhyiddin.

“Ketika gabungan parti itu merangka 10 janji 100 hari, tetapi gagal menampakkan mereka tidak mengkaji secara keseluruhan.

“Sudah pasti ia akan mengecewakan rakyat. Dan ini memberi signal kepada pengundi untuk menolak PH atau rakyat tidak mahu keluar mengundi kali ini,” ujarnya ketika ditemui di Pusat Penamaan Calon Dun Seri Setia di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya hari ini.

Datuk Dr Noraini Ahmad

Bagi Ketua Pergerakan Wanita Umno Datuk Dr Noraini Ahmad berkata, bukan kerana jangka masanya 100 hari, 2 tahun atau berapa tahun tetapi ujarnya semuanya itu seperti ‘tanam tebu ditepi bibir’.

“Bila dah tanam tebu rakyat merasakan tertipu. Janji 100 hari itu kebanyakan gagal terlaksana kerana diubah dan dibuat perkara yang baharu dalam tempoh 100 hari itu,” ujar Ahli Parlimen Parit Sulong ini yang merujuk kepada cadangan Dr Mahathir untuk membina kereta nasional ketiga.

Beliau berkata, selepas BN tumbang, rakyat dakwanya semakin tertekan dengan kos sara hidup.

“Kos sara hidup amat mencengkam bagi golongan bawah B40. Kerajaan kata nak bagi KWSP dibawah ‘i-suri’ tetapi mengapa pula perlu mencarum secara sukarela bukan diwajibkan, sebagaimana yang dinyatakan dalam janji sebelum PRU14 dulu.

“Kerajaan awalnya berjanji nak bagi RM50 tetapi yang saya baca dalam laporan media sudah RM40, mana lagi RM10 yang dijanjikan?” soalnya.

0.0
OVERALL SCORE
Have no any user vote