Janji Adenan lantik Cina timbalan KM jika SUPP menang kenyataan rasis

Janji Adenan lantik Cina timbalan KM jika SUPP menang kenyataan rasis

Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chien Jen menggelar Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem ‘rasis” kerana berjanji utnuk melantik timbalan ketua menteri berbangsa Cina jika Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) menang dalam pilihan raya negeri (PRN) 7 Mei ini.

“Siapa pun yang faham dengan baik bahasa Inggeris akan berkata kenyataan ini rasis,” kata beliau pada sidang akhbar hari ini.

Beliau mempersoalkan adakan Adenan akan meminggorkan 29 peratus masyarakat Cina di Sarawak sekiranya SUPP kalah dalam PRN ini,

“Adaka beliau bercadang untuk melaksanakan dasar anti Cina,” katanya seperti dilaporkan Boneo Post.

Khamis lalu, Adenan dilaporkan menyeru rakyat Sarawak memberi undi kepada SUPP jika mereka ingin melihat seorang timbalan ketua menteri berbangsa Cina dilantik dalam pentadbirannya.

Terdahulu, China Press melaporkan, daripada 12 kerusi yang ditandingi parti komponen BN, SUPP, sebanyak dua kerusi muncul sebagai kawasan putih iaitu Senadin di Miri dan Batu Kitang di Kuching.

Untuk empat kerusi yang dipertandingkan calon langsung berlatar belakang Parti Rakyat Bersatu (UPP) pula, hanya Bawang Assan di Sibu dianggap sebagai kawasan putih.

Kawasan hitam SUPP pula ialah Padungan, Pending, Kota Sentosa dan Tanjung Datu. Di Kota Sentosa, SUPP akan berdepan Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen.

Satu lagi kawasan hitam SUPP ialah Batu Assek di mana parti BN itu akan berdepan saingan sengit daripada Irene Chang, balu kepada bekas Pengerusi DAP Sarawak, Wong Ho Leng.

TAGS