Janji PH terganggu, BN tinggalkan hutang yang tinggi, kata Menteri Kewangan

Pemimpin PH ketika melancarkan janji mereka. Kini pelaksanaannya terganggu apabila mereka dapati hutang negara sangat tinggi.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, kerajaan Pakatan Harapan akan menunaikan janji-janji manifesto dalam masa terdekat apabila kewangan persekutuan semakin pulih.

Katanya, pemerintah sebelum ini telah meninggalkan beban hutang tinggi, lalu menyebabkan kerajaan Malaysia terbaharu ini terpaksa berhemah di dalam perbelanjaan demi menjaga kebajikan bersama.

“Cabaran yang ditempuhi adalah hebat. Tetapi kami amat yakin dengan kerjasama rakyat, Malaysia akan dapat menghadapi cabaran kewangan ini dengan baik sekali,” katanya dalam perutusan beliau sebagai Setiausaha Agung DAP sempena Pesta Kaamatan dan Hari Gawai.

Baru-baru ini, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memaklumkan, negara mengalami hutang sebanyak lebih RM1 trilion yang menyukarkan kerajaan yang mengambil alih negara ini.

Ketika kempen pilihan raya ke 14, PH telah mengeluarkan manifestonya yang dinamakan Buku Harapan.

Untuk 100 hari pertama pentadbirannya, PH membuat 10 janji untuk ditunaikan.

Dalam 100 hari itu juga Pakatan Harapan mahu mewujudkan suruhanjaya dan jawatankuasa untuk menyiasat dan menangani isu-isu yang menimbulkan kontroversi, termasuk 1MDB dan Perjanjian Malaysia 1963.

Menghapuskan GST dan mengurang kos sara hidup dengan pelbagai inisiatif peduli rakyat.
Menstabilkan harga minyak dan memperkenalkan semula subsidi petrol secara bersasar.
Menyamaratakan gaji minimum seluruh negara dan seterusnya memulakan proses meningkatkan gaji minimum.

Pakatan Harapan juga akan melaksanakan 4 perkara lain menyasarkan hutang yang ditanggung peneroka dan lepasan universiti dan perlindungan untuk suri rumah dan isi rumah berpendapatan 40% terendah (B40).

PH juga berjanji akan menghapuskan hutang-hutang tidak wajar yang dipaksa ke atas peneroka Felda dan memperkenalkan skim caruman KWSP untuk suri rumah.

Menangguhkan pembayaran balik pinjaman PTPTN kepada semua peminjam bergaji kurang dari RM4,000 sebulan dan memansuhkan dasar senarai hitam ke atas peminjam juga akan dilaksanakan.

PH juga akan memperkenalkan Skim Peduli Sihat dengan memberi RM500 pembiayaan untuk rawatan asas di klinik swasta berdaftar untuk golongan B40.

Dalam 100 hari itu juga, Pakatan Harapan akan mewujudkan suruhanjaya dan jawatankuasa untuk mengkaji dan menangani isu-isu kontroversi, menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja 1MDB, Felda, Mara dan Tabung Haji, dan merombak semula struktur kepimpinan mereka.

Jawatankuasa Khas Kabinet untuk segera menyemak dan melaksanakan Perjanjian Malaysia 1963 dan juga melancarkan kajian terperinci mengenai projek-projek mega yang dianugerahkan kepada negara asing.

6.9
OVERALL SCORE
: 10.0
6 user votes x 6.3
CATEGORIES
TAGS