Seorang gadis berbangsa Cina meluahkan rasa bangga tatkala menunjukkan papan tanda jalan yang dinamakan sempena nama mendiang datuknya, Tien Min Wah.
Menurut gadis itu, banyak pengorbanan dan jasa datuknya satu ketika dahulu kepada masyarakat sehingga nama datuknya diangkat untuk dinamakan pada salah satu jalan di negeri itu.
“Datuk saya bukan sahaja seorang ahli politik, malah pemimpin masyarakat Cina. Dia mendedikasikan seluruh hidupnya untuk berkhidmat kepada rakyat dan sangat dihormati,” katanya memetik laporan Weirdkaya.
Menurutnya pada waktu itu, jarang sekali pemimpin masyarakat Cina diberikan penghormatan sebegitu.
Difahamkan, datuknya juga pernah menerima Pingat Ibrahim Sultan (BSI) dan Pingat Bakti Setia (PIS) daripada Sultan Johor sebagai pengiktirafan terhadap jasanya kepada masyarakat.
Tahun ini menandakan ulang tahun ke-20 pemergian datuknya. Selepas menziarahi pusaranya, wanita itu meluangkan masa untuk singgah ke jalan yang dinamakan sempena datuknya untuk mengimbas kembali legasi yang telah ditinggalkan.
Baca juga: Mimi Fly buat panel Geng Ngaji tercengang, bacaan surah Al-Jaathiyah banjir pujian