Malaysia Dateline

Jauh sebelum 100 hari, Ismail sudah tunjuk gagal

Walaupun meminta semua anggota kabinetnya membuktikan kemampuan mereka dalam masa 100 hari, namun perdana menteri Datuk Seri Ismail Sabri sendiri sudah menunjukkan kegagalannya walaupun baru beberapa hari mengangkat sumpah sebagai perdana menteri.

Veteran DAP, Lim Kit Siang berkata, perlantikan empat orang yang terbukti gagal sebelum ini sebagai duta khas dan perlantikan bekas perdana menteri yang gagal, Tan Sri Mahiaddin Md Yassin sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Negara adalah kegagalan awal Ismail.

Bahkan, katanya, keengganan Ismail untuk membuat undi percaya kepada beliau selaku perdana menteri apabila Dewan Rakyat mula bersidang 14 September ini sebagaimana dititahkan oleh Yang Dipertuan Agong akan menyebabkan rakyat negara ini tidak mahu menangguhkan lagi hukuman ke atas beliau.

Bagi ahli parlimen Iskandar Puteri itu, perlantikan semula Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai Duta Khas Timur Tengah,  Presiden Progressive Democratic Party, Tiong King Sing (China) dan Sarawak United People’s Party Deputy President Richard Riot (Asia Timur) adalah satu kesilapan yang tidak boleh dimaafkan.

Sebelum perlantikan ini, Ismail telah mengumumkan pembentukan kabinet dengan 69 anggota.

Dengan perlantikan ke empat-empat mereka dengan taraf menteri ini bermakna rakyat negara ini terpaksa membayar gaji dan elaun bertaraf menteri kepada 31 + 4 menteri dan 38 timbalan menteri di samping seorang perdana menteri.