Jawaban Najib  berkaitan lawatan ke AS tidak meyakinkan, kabur

Jawaban Najib berkaitan lawatan ke AS tidak meyakinkan, kabur

Jawaban lisan Datuk Seri Mohd Najib Razak (BN-Pekan) mengenai lawatannya ke Amerika Syarikat baru-baru ini ketika menjawab  pertanyaan lisan Ketua Pembangkang Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail mengenai hasil lawatan kerja perdana menteri itu, diselar oleh Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah (AMANAH-Kuala Terengganu).

Menurut Raja Kamarul Bahrin jawaban yang diberikan Najib tidak menyakinkan dan kabur serta mendapati bertentangan dengan jawapan yang pernah diberikan oleh Datuk Mustapha Mohamed (BN-Jeli) pada 23 Oktober lalu.

“Jawapan Datuk Najib pada soalan lisan pertama hari ini seolah olah meremehkan persoalan orang ramai.

“Datuk Najib menyebut tentang pembelian kapalterbang BOING untuk MAS dimana ramai dari pihak industri penerbangan dan pengurusan MAS juga terkejut dengan pengumuman tersebut.

“Malahan pada 23 Oktober pula Datuk Mustapa dari MITI menyatakan tiada sebarang perjanjian pelaburan di meterai, dalam lawatan tersebut.

” Ini menunjukkan tiada perancangan terperinci dibuat untuk apa apa pelaburan. Ada yang menafsir peletakan jawatan Ketua Pegawai Eksekutif MAS Peter Belliue mungkin ada kaitan dengan isu ini,” ujar beliau dalam kenyataannya hari ini.

Raja Kamarul Bahrin turut menjelaskan Mustapha dalam kenyataannya juga dipetik berkata, lawatan tersebut adalah “usaha berterusan dalam meningkatkan profil dan persepsi positif terhadap Malaysia”.

Ini bermakna tiada agenda rasmi terancang khusus berkaitan pelaburan tetapi hanya untuk menaikan persepsi positif Malaysia khususnya menjaga imej Najib dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14.

Katanya lagi, ianya juga berlaku semasa Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) sedang menyiasat kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Datuk Mustapa, seorang menteri veteran yang kanan, menyatakan tiada perjanjian dimeterai atau dalam perancangan.

“Ini nampaknya lebih agenda menaikkan profil peribadi Najib.Kerana inilah soalan lisan Ketua Pembangkang tentang perbelanjaan hotel Trump International dan lawatan ke Amerika pada minggu lalu di Dewan Rakyat dan yang diulangi sekali lagi pada pagi ini, tidak di jawap oleh Kerajaan dan Datuk Najib sendiri,” ujarnya.

Justeru jawaban Najib beliau memberi fokus kepada isu pembunuhan etnik Rohingya di Rumah Putih pada lawatan tersebut adalah satu hipokrasi yang memalukan dilakukan Kerajaan Malaysia.

“Kerajaan menolak Usul Rasmi isu Rohingya untuk dibahas di Parlimen oleh pembangkang pada tahun lalu dan kini beliau menggesa Amerika mengambil berat isu tersebut.

“Sama juga dengan sandiwara Malaysia melalui Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin yang menggesa PBB memanggil sidang khas di New York untuk bahas isu Rohingya sementara Kerajaan sendiri menolak perbahasan ketika Parlimen sedang bersidang pada waktu itu,” ujarnya.

Menurut Pengerusi Biro Antarabangsa AMANAH ini lagi, ini jelas Najib dan kerajaan bersandiwara di peringkat antarabangsa sebaliknya di negara sendiri tidak berlaku sedemikian.

” Lawatan Najib berjumpa Trump bukan ada program pelaburan rasmi terancang tetapi hanya alasan untuk menaikkan profil diri nya.
“Lawatan tersebut jauh berbeza dari lawatan rasmi Perdana Mentri Singapura baru-baru ini dengan sambutan permaidani merah, sesi bergambar rasmi di White House dan acara tandatangan rasmi kerajaan Singapura membeli kapalterbang buatan Amerika.

“Datuk Najib tidak bolih membezakan kepentingan negara dan kepentingan politik peribadinya. Najib juga tidak bolih membezakan perbelanjaan duit rakyat untuk kepentigan Negara atau peribadinya dan jelas bertentangan dengan jawabapan menteri kanan kabinetnya,” ujarnya.

5.0
OVERALL SCORE
1 user vote x 10.0
CATEGORIES