Malaysia Dateline

Jawapan Adly, jika PH diberi semula mandat di Melaka

Jika Pakatan Harapan (PH) diberi semula mandat dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada 20 November ini, apa jaminan terbaik PH kepada rakyat Melaka era pandemik ini?

Menjawab pertanyaan ini, Bekas Ketua Menteri Melaka Adly Zahari yang telah menguruskan kerajaan negeri selama 22 bulan tidak sekali-kali mengenepikan soal kebajikan, pendidikan, dan kesihatan rakyat negeri itu.

Katanya, pendidikan adalah satu elemen yang penting bukan sekadar pengetahuan sahaja tetapi ada nilai-nilai yang lebih tinggi baik masa depan yang lebih berkeyakinan serta peluang kepada generasi muda.

“Bagi saya kalau diberikan mandat, keupayaan adalah harus memberi keutamaan kebajikan dan pendidikan kepada rakyat.

“Pada 22 bulan yang lalu saya ada agenda di mana pendidikan anak-anak asnaf mesti diberikan keutamaan saya ada KPI berapa banyak anak ansaf dikeluarkan dari kumpuan asnaf itu.

“Kita bekerja keluarkan asnaf dari garis kemiskinan itu,” katanya.

Bahkan katanya, ketua-ketua jabatan kerajaan perlu diraikan dengan mengambil semua pandangan mereka kerana penjawat awam ada kepandaian mereka tersendiri.

“Panggil dan tanya mereka apa yang mereka tidak dapat lakukan,” katanya.

Beliau juga tidak menolak sektor pelancongan Melaka perlu disusun semula memandangkan negeri itu cukup terkenal dengan sejarahnya tersendiri.

“Selain kesihatan serta SOP diutamakan, Melaka perlu dipacu kehadapan kerana ada pelabuhan yang memberi peluang yang cukup luas kepada rakyat Melaka,” ujarnya lagi.

22 bulan yang lalu, Adly telah mentadbir negeri Melaka cukup berhemah banyak agenda yang diketengahkan beliau demi kesejahteraan rakyat negeri itu antaranya, menyediakan rumah Rumah Peduli merupakan rumah percuma yang diberikan kepada rakyat Melaka yang betul-betul memerlukan.

Selain itu beliau menyediakan rumah berkat buat pasangan muda yang baru kahwin di mana beliau mensasarkan 500 unit Rumah Berkat dalam tempoh lima tahun bagi membantu pasangan muda berusia 20 hingga 35 tahun yang baru berkahwin untuk menyewa kediaman berkenaan pada kadar hanya RM150 sebulan.