Jawatan Perdana Menteri dua penggal, tiada pengikut fanatik tiada ‘yes man’

Jawatan Perdana Menteri dua penggal, tiada pengikut fanatik tiada ‘yes man’

Sudah tiba masa Malaysia menghadkan jawatan Perdana Menteri hanya dua penggal, namun seorang pemimpin dapat menyambung ke penggal ke dua bergantung sama ada pemimpin itu dapat sokongan daripada rakyat atau tidak, kata bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhd Taib.

Sudah tiba masa Malaysia menghadkan jawatan Perdana Menteri hanya dua penggal, namun seorang pemimpin dapat menyambung ke penggal ke dua bergantung sama ada pemimpin itu dapat sokongan daripada rakyat atau tidak, kata bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhd Taib.

Kata beliau pemimpin perlu berkhidmat dengan baik untuk rakyat dan negara. Untuk itu dia tidak perlu memegang jawatan tertinggi terlalu lama dan mewujudkan pengikut-pengikut yang ramai dan fanatik.

“Apa yang diperlukan oleh negara ialah pemimpin yang dipilih untuk memegang jawatan tertinggi ini menumpu sepenuh tenaga untuk memajukan rakyat dan negara. Dia tidak perlu kepada pengikut dan penyokong hardcore dan fanatik,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Kata Muhammad lagi, jika seseorang pemimpin itu sedar bahawa dia cuma akan menjawat jawatan tertinggi maksima dua penggal dia tidak perlu mencari dan mewujudkan begitu ramai pengikut yang setia.

“Dia boleh melantik ramai pemimpin yang cerdik dan boleh membantu beliau untuk memajukan negara. Sama ada seseorang itu pengikut beliau atau tidak, tidaklah penting. Yang lebih penting pimpinannya baik dan diterima oleh rakyat.

“Selepas beliau tamat tempoh maksima dua penggal orang lain boleh mengambil alih jawatan beliau.

“Orang yang mengambil alih jawatan ini juga kemudian boleh melantik orang-orang yang cerdik dan berkeliber ikut sama mentadbir negara. Dia tidak perlu risau sama ada dia mempunyai pengikut atau tidak. Cukup dua penggal dia boleh diganti dengan orang lain pula. Begitulah seterusnya.

“Di Malaysia ujarnya, mungkin di peringkat awal dahulu seseorang pemimpin boleh memegang jawatan Perdana Menteri selama dua puluh dua tahun,” ujarnya.

Muhammad berkata demikian kerana beliau merujuk kepada banyak negara di dunia menghadkan tempoh jawatan Perdana Menteri atau Presiden kepada dua penggal sahaja iaitu Amerika Syarikat dan Indonesia.

“Contohnya Amerika Syarikat. Yang terdekat dengan negara kita di Indonesia juga sudah ikut memutuskan jawatan Presiden cuma boleh dipegang oleh seseorang maksima dua penggal.

“Presiden Obama akan tamat tempoh jawatan Presidennya awal tahun hadapan. Begitu juga Susilo Bambang telah diganti dengan Jokowi sebagai Presiden Indonesia.

“Sebenarnya kedua2 Obama dan Bambang masih muda dan masih mampu menjawat jawatan Presiden di negara masing-masing.Mengapa mereka tidak boleh meneruskan memegang jawatan Presiden ?

“Ini disebabkan dari segi undang-undang di Amerika Syarikat dan di Indonesia seseorang itu cuma dibenarkan memegang jawatan Presiden selama maksima dua penggal sahaja. Itu pun jika rakyat merestui,” ujarnya.

Beliau berpandangan seorang Perdana Menteri atau seorang Presiden yang memegang terlalu lama jawatannya sudah pasti akan mewujud dan mempunyai pengikut-pengikut yang ramai dan setia. Pengikut-pengikut yang setia ini akan wujud dari peringkat atas hingga ke bawah (ke akar umbi).

“Ini perlu supaya pemimpin nombor satu akan sentiasa kukuh dan kuat dan mempunyai pengikut hardcore yang ramai lagi setia. Ukuran setia ini tidaklah semestinya mereka cerdik dan pandai. Pengikut yang cerdik dan pandai kadangkala boleh menyusahkan pemimpin di atas.

“Cukup sekadar ramai pengikut hardcore dan fanatik tapi setia.

“Rakyat di Amerika Syarikat dan di Indonesia barangkali sudah sedar bahawa membenarkan seseorang itu memegang jawatan tertinggi di negara masing-masing terlalu lama lebih banyak mendatangkan keburukan dari kebaikan.

“Bila seseorang itu memegang jawatan tertinggi terlalu lama sudah tentu dia memerlukan sokongan yang kuat dari pengikut-pengikutnya.Dia akan mewujudkan kumpulan pengikut yang setia membuta tuli. Yang tidak sehaluan dengan dia akan disisih dan tidak diendahkan.

Lama kelamaan pemimpin ini akan menjadi angkuh kerana dia berasa dia sangat kuat. Dia akan hanya dikelilingi dengan ‘Yes man’. Dia akan bertambah angkuh dan tidak lagi menjadi seorang yang mudah ditegur,” ujarnya yang kini  menyertai  Parti Keadilan Rakyat (PKR).

TAGS