Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Jawatan Timbalan Menteri Perpaduan Negara tidak sesuai untuk Tiong King Sing, kata PDP

Jawatan Timbalan Menteri Perpaduan Negara tidak sesuai untuk Tiong King Sing, kata PDP

Oleh MAHDAR BUJANGMarch 11, 2020 3:49 pm




Setiausaha Agung Parti Demokratik Progresif (PDP) Datuk Nelson Balang Rining mengesahkan Datuk Seri Tiong King Sing menolak lantikan jawatan Timbalan Menteri Perpaduan Negara.

Keputusan itu menurut Nelson kerana jawatan berkenaan tidak sesuai bagi Tiong, 58, yang merupakan Presiden PDP dan Ahli Parlimen Bintulu.

“Jawatan ini tidak sesuai dengan kedudukannya sebagai presiden parti. Kedudukan beliau sangat kanan dalam parti dan telah berkhidmat untuk tempoh yang lama sebagai Ahli Parlimen. Majlis Tertinggi PDP semalam bermesyuarat dan mencapai kata sepakat untuk tidak menerima jawatan berkenaan,” katanya seperti yang dilaporkan Utusan Borneo Online.

Sementara itu, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan akur dan menerima keputusan Presiden Parti Demokratik Progresif (PDP) Datuk Seri Tiong King Sing yang menolak pelantikan sebagai Timbalan Menteri Perpaduan Negara.

Menurut Muhyiddin, jika beliau merasakan jawatan diberi tidak sesuai, keputusan tersebut harus diterima.

“Jika beliau (Tiong King Sing) merasakan ianya tidak sesuai, kami terima.

“Saya perlu mencari orang lain untuk mengisi jawatan itu,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Kabinet di Putrajaya pagi tadi.

Kata Muhyiddin lagi, Tiong yang juga Ahli Parlimen Bintulu turut menyatakan kesediaannya untuk terus berkhidmat kepada negara atas kapasiti lain.

“Saya akan berjumpa dia esok dan berbincang mengenainya,” katanya.

Tiong telah menjadi Ahli Parlimen Bintulu selama lima penggal.

PDP merupakan antara parti yang membentuk Gabungan Parti Sarawak (GPS), yang menyokong kerajaan pimpinan Muhyiddin.

Gabungan itu menguasai 18 kerusi Parlimen.

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Peniaga pisang goreng anggap timbalan menteri “agak kurang sopan”

Bukan setakat 2 kolam, 100 kolam pun Pas sanggup masuk

Annuar sahkan Anwar cukup sokongan jadi PM?

Rakyat Kelantan bina jambatan guna batang kayu, duit kerajaan negeri beli Mercedes Benz

PENDAPAT: PN bercempera pun salah DAP

Terkini

Darurat mesti cepat bukan lambat

Not all politicians are humble, but this one is

Solidariti pemimpin DAP hulur bantuan pasca banjir Pahang

“Yang mana mau ikut, Menteri Kanan atau Menteri Wilayah”

Pemuda Umno edar ayam percuma dikecam, bimbang wujud ‘Kluster Ayam Beku’

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production