Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Jawatan TPM: Bersatu bertelagah antara Ahmad Zahid atau Abdul Hadi?

Jawatan TPM: Bersatu bertelagah antara Ahmad Zahid atau Abdul Hadi?

DALIA ISMAILMarch 4, 2020 2:03 pm




Suara tidak puashati dikalangan pimpinan negeri Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mula jelas kedengaran dalam memastikan jawatan Timbalan Perdana Menteri tidak diserahkan kepada kumpulan perasuah dan kleptokrat kerajaan Umno-BN.

Bahkan ada dikalangan ahlinya pula di negeri yang dijajah Kelantan mencadangkan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Ketua Armada Negeri Kelantan Asran Alias berkata, semua pihak harus menghormati Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin yang kini menyandang jawatan Perdana Menteri ke-8

Katanya Umno tidak perlu menekan Muhyiddin untuk memilih Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi calon TPM.

“Tan Sri Muhyiddin telah jelaskan, beliau hanya akan mengambil ahli kabinet yang bersih dan berintegriti sahaja.

“Maka Datuk Seri Zahid  yang masih terpalit dengan skandal rasuah tidak patut diangkat menjadi pimpinan utama,” bidasnya.

Ini susulan tindakan Umno Kedah semalam telah menetapkan pendirian mereka supaya Ahmad Zahid menganggotai semula barisan kabinet baharu  Perikatan Nasional (PN)dan dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri bergandingan dengan Muhyiddin.

Reaksi berbeza pula disuarakan oleh  Exco Armada Bersatu Abdul Hanaan Khairy dalam kenyataannya hari ini.

“Umno Kedah sepatutnya hormat kepada Tan Sri Muhyiddin. Adakah Umno berfikir Pakatan Nasional ini mampu dibentuk tanpa kerusi ’emas’ Bersatu?

“Umno perlu dengar kata tuan, bukan cuba jadi tuan,” bidasnya

Tambah Abdul Hanaan lagi, susulan  beberapa negeri (Johor, Melaka)  di bawah Pakatan Harapan kini jatuh ke tangan Perikatan Nasional sewajarnya peluang diperoleh selepas Bersatu keluar gabungan PH,  sepatutnya  lebih berperanan memperkasakan Bersatu di peringkat negeri.

“Jika Perdana Menteri adalah dari Bersatu, jawatan Menteri Besar dan Ketua Menteri juga harus letaknya kepada Bersatu,” tegasnya.

Beliau turut tidak puas hati apabila Johor lebih awal melantik Menteri Besar dari Umno Datuk Hasni Mohd pada 28 Februari sebelum Muhyiddin mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri pada 1 Mac lepas.

“Belum sempat Tan Sri Muhyiddin mengangkat sumpah sebagai PM8, Pengerusi BN Johor merangkap Pengerusi Perhubungan Umno Johor sudah diangkat sebagai MB Johor.

“Ini tidak adil kepada Bersatu!!,” dalam nada kecewa dan mahu semua parti di bawah Perikatan Nasional sepatutnya akur dengan Bersatu bukan sebaliknya berlaku.

Krisis politik yang melanda negara seminggu lalu menyaksikan Bersatu keluar PH membentuk Perikatan Nasional yang disertai Bersatu, BN dan Pas.

Manakala Pakatan Harapan kekal  padu dengan PKR, AMANAH dan DAP.

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

RM35 juta mungkin dah boleh buat lebih 6 buah masjid, kata DAP

Dr Noor Hisham lebih layak jadi Menteri Kesihatan ganti Adham

Husam potong elaun Senator bermula gaji Januari bantu frontliner

Rakyat kecam Muhyiddin ulang apa yang dibentang dalam Belanjawan 2021

Pelakon watak Atan & Atok uzur tidak mampu makan dan minum

Terkini

Cabaran dunia pasca Donald Trump

Biden dan Dasar Pivot Asia 2.0?

Kes baru dan kes sembuh COVID-19 catat rekod baharu

Lulus lawatan ke pejabat DAP, pensyarah UiTM dipaksa letak jawatan?

Enigma Mahathir

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production