
Jawatankuasa baru AMANAH Negeri Melaka dibentuk
AMANAH Negeri Melaka telah bermesyuarat pada Isnin lepas untuk membariskan pelantikan baru bagi mengisi portfolio penuh bagi Jawatankuasa Pengurusan dan Jawatan Kuasa Pimpinan Negeri.
Selain itu empat orang Ahli Jawatankuasa tamabahan juga telah dilantik sesuai dengan peruntukan perlembagaan parti.
Mesyuarat Jawatankuasa Pimpinan Amanah Melaka yang pertama telah diadakan pada 18hb November 2019 di bilik mesyuarat Graha Amanah Melaka dengan dipengerusikan oleh YAB Adly Zahari, Pengerusi Amanah Melaka.
Pengarah Komunikasi AMANAH Melaka Jamzuri Ardani dalam kenyataan berkata, dengan pelantikan baru ini semua ahli jawantakusa dapat bekerja dalam satu pasukan dengan penuh dedikasi untuk memajukan parti.
Tahun ini kali pertama AMANAH telah mengadakan pemilihan disemua peringkat cawangan dan kawasan sejak ditubuhkan pada 16 September 2015 dan Konvensyen AMANAH kali ke tiga dijjadualkan diadakan pada awal Disember depan di Shah Alam.
Berikut adalah senarai penuh Jawatankuasa Pimpinan Amanah Melaka.
Pengerusi:
YAB Tuan Adly Zahari
Timbalan Pengerusi:
YB Datuk Sofi Abd Wahab
Naib Pengerusi 1:
Tn Hj Yuhaizad Abdullah
Naib Pengerusi 2:
YB Datuk Dr Hasan Baharom
Naib Pengerusi 3:
Puan Azura Talib
Ketua AWAN:
Datin Mahani Othman Bashir
Ketua Pemuda:
En Mohamad Khomeini Kamal
Setiausaha:
Datuk Ashraf Mukhlis Minghat
Pen Setiausaha 1: En Mohd Rahinuddin Abd Rahin
Pen Setiausaha 2: Pn Rohamizar Ezatie Mohamad
Bendahari: Datuk Harun Mohamed
Pengarah Komunikasi: En Jamzuri Ardani
Pengarah Hal Ehwal Shariah: En Nurkhairi Yusof
Pengarah Pilihanraya: En Husni Balis Ali
Timb Pengarah Pilihanraya: En Aminuddin Abd Jalil
Pengarah Sumber Manusia: En Azman Aziz
Ketua Biro Pendidikan: En Azrin Ab Majid
Ketua Biro Kebajikan: En Hairil Anuar Samat
Ketua Biro Ekonomi: En Abd Rahman Sandari
Ketua Biro Tanah dan Pertanian: En Johari Osman
Ketua Biro Kebudayaan, Belia, & Sukan: En Hafiz Omar
Ketua Biro Hal Ehwal Kerajaan: En Zairi Suboh
Ketua Biro KANUN: En Zulkhairi Ab Aziz
Ketua Biro Mobilisasi Rakyat: En Mohamad Jaafar