Jawatankuasa Bertindak perhalusi cadangan Biasiswa Bangsa Johor


Pengerusi Amanah Negeri Johor Aminolhuda Hassan menyatakan kesediaan Parti Amanah Negara untuk menjemput serta mengumpulkan seberapa ramai pakar, guru, ahli ekonomi, ahli akademik serta seluruh kepimpinan komponen Pakatan Harapan dalam pelaksanaan Biasiswa Bangsa Johor.

Jawatankuasa Bertindak perhalusi cadangan Biasiswa Bangsa Johor

 Beberapa wakil Ngo, bekas guru, bekas pensyarah, pelajar, pengamal media dan juga wakil Pakatan Harapan yang lain turut hadir membincangkan hala tuju Basiswa Bangsa Johor.

Pengerusi Amanah Negeri Johor Aminolhuda Hassan menyatakan kesediaan Parti Amanah Negara untuk menjemput serta mengumpulkan seberapa ramai pakar, guru, ahli ekonomi, ahli akademik serta seluruh kepimpinan komponen Pakatan Harapan dalam pelaksanaan Biasiswa Bangsa Johor.

Sebuah Jawatankuasa bertindak akan ditubuhkan bagi memperhalusi cadangan bagi perlaksanaan Biasiswa Bangsa Johor yang sebelum ini diilhamkan oleh Timbalan Presiden Parti Amanah Negara Salahuddin Ayub.

“Kami akan menubuhkan jawatankuasa bertindak dalam membentuk rangka bagaimana perjalanan Biasiswa Bangsa Johor ini dapat diperhalusi secara serius dan dapat memberi manfaat kepada rakyat Johor keseluruhannya.

“Gambaran awal yang kami boleh rangkumkan, biasiswa ini dapat membantu lebih ramai anak muda untuk melanjutkan pelajaran bagi yang tidak berkemampuan dari segi kewangan,” kata Aminolhuda yang juga Ahli Parlimen Parit Yaani.

Sidang Meja Bulat Biasiswa Bangsa Johor diadakan di Hotel Tropical Inn Johor Bahru baru-baru ini.

Salahudddin yang turut hadir dalam sidang meja bulat itu turut menyatakan, bahawa biasiswa yang diberikan oleh kerajaan negeri Johor sebelum ini masih tidak menyeluruh terutamanya kepada mereka yang tidak berkemampuan kewangan tapi mampu melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Katanya lagi, keyakinan pada diri beliau itu jelas kerana beliau adalah di antara jawatankuasa Pakatan Rakyat (PR) sebelum ini dalam menyiapkan Buku Jingga yang menawarkan pendidikan percuma pada PRU 13.

“Saya melihat biasiswa yang wujud sebelum ini tidak menyeluruh dan tidak sampai kepada mereka yang kurang berkemampuan dari segi kewangan dan ia juga tidak banyak melibatkan kepada kaum bukan bumiputera, ini suatu yang salah dan sepatutnya ia terbuka kepada semua kaum untuk merasai biasiswa bukan pinjaman.

“Saya juga turut yakin bahawa perkara sebegini boleh dilaksanakan di negeri Johor kerana semasa PRU 13 yang lalu saya di antara jawatankuasa bagi menyiapkan Buku Jingga yang mana dalam buku tersebut PR telah menawarkan pendidikan secara percuma kepada rakyat dan saya juga tahu bagaimana ia boleh dilaksanakan,” katanya.

Ditanya bagaimana mengenai sumber dana yang diperolehi oleh pihak kerajaan dalam mengusahakan peruntukkan pendidikan untuk biasiswa berkenaan, Salahuddin berkata, perbetulkan dahulu pengurusan dari semua sektor kerajaan kerana berlaku banyak ketirisan sehingga menyebabkan seorang individu yang mempunyai harta berbelas juta.

“Saya yakin negeri Johor banyak hasilan pendapatannya tetapi ia tidak diurus dengan baik sehingga baru-baru ini hangat dengan isu rasuah yang dikaitkan kepada anak seorang Exco negeri yang mempunyai harta sebanyak belasan juta,” katanya.

Sidang Meja Bulat itu turut dihadiri oleh Penolong Setiausaha DAP Johor Andrew Cheng yang juga Adun Stulang, wakil Bersatu Mazlan Bujang, wakil Anak Mazlan Aliman, Timbalan Pengerusi Amanah Johor  Dzulkefly Ahmad dan beberapa wakil Ngo, bekas guru, bekas pensyarah, pelajar, pengamal media dan juga wakil Pakatan Harapan yang lain.

(dari kiri) Aminolhuda Hassan, Salahuddin Ayub dan Suhaizan Kayat yang turut hadir  pada sidang meja bulat yang diadakan baru-baru ini.